Kerajaan BN diperingatkan, cara mereka mengendalikan isu Bersih 2.0 dengan terus mengejar para pimpinan Pakatan dan aktivis tidak betul.
"Bahkan mereka mesti berlapang dada dengan mengkaji segala tuntutan dan perjuangan Bersih," kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman dalam satu kenyataannya.Beliau mengulas tindakan kerajaan BN melalui polis yang terus menerus mengejar pemimpin Pakatan dengan cara mengeluarkan waran tangkap dan sebagainya. Tindakan begini akan menyebabkan momentum rakyat akan terus meningkat untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.
Dalam kenyataannya, Pemuda PAWS Negeri Kelantan merasakan belum terlambat untuk mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas sokongan anak muda terhadap tuntutan Bersih.
Semua lapisan anak muda tanpa mengira bangsa dan agama nampaknya terlalu prihatin dengan transformasi yang diperlukan bagi memastikan pilihanraya berlangsung dengan adil, telus dan bersih.
Tiada rusuhan, tiada harta awam yang dirosakkan dan tidak ada unsur-unsur yang mengancam keselamatan negera kerana mereka hanya berhimpun untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
Bagi mereka, peniaga yang mendakwa mengalami kerugian adalah kerana mereka akur dengan arahan pihak keselamatan dengan menutup premis perniagaan mereka walhal kalau mereka terus berniaga keuntungan berlipat ganda yang akan mereka perolehi kerana akan menerima pelanggan tambahan selain pelanggan biasa.
Bermula dengan Himpunan Bersih 2.0 yang menyaksikan hampir 90 peratus anak muda yang menyertai himpunan tersebut dan diteruskan dengan gerakan pasca Bersih, kata Abdul Latif dalam kenyataannya.
Ia telah dijalankan melalui blog dan facebook yang menyaksikan terbinanya pages tuntutan-tuntutan supaya kerajaan khususnya SPR bertanggungjawab serta menunaikan tuntutan Bersih.
Bahkan, katanya, ada tuntutan supaya Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan kerana melayani peserta Bersih dengan layanan yang "cukup istimewa" sehingga ada yang cedera bahkan ada yang meninggal dunia.
"Tuntutan Bersih yang telah mendapat liputan percuma melalui media yang dikuasai UMNO walaupun dengan pelbagai momokan dan penyertaan NGO nyamuk yang membuat laporan polis di seluruh negara sebenarnya lebih mudah difahami oleh rakyat marhaen," katanya.
"Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan yakin rakyat dan pengundi tertanya-tanya apakah tindakan pihak berkuasa selanjutnya khususnya dalam melayani tuntutan Bersih atau terus mendapat momokan kononnya mengancam keselamatan negara," tambah kenyataan itu.
Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS Kelantan akan terus memastikan anak-anak muda memainkan peranan sewajarnya dalam terus menggerakkan momentum ini samada dengan memberi penjelasan dan penerangan ke seluruh negeri bahawa tuntutan ini adalah murni dan suci bersih bagi menyelamatkan negara yang tercinta.
Dalam pada itu, mereka juga sekali lagi mendesak agar semua tahanan dibebaskan bahkan segala pendakwaan juga mestilah digugurkan dalam masa yang sama memberi kebebasan kepada semua media untuk mengetengahkan isu-isu yang menjadi hak rakyat bukan seperti apa yang menimpa majalah Economist.
"Bagi Pemuda PAS Kelantan momentum kebangkitan anak muda ini akan berterusan khususnya jika tiada apa-apa perkembangan positif pihak berkuasa terhadap tuntutan transformasi perjalanan pilihanraya.
"Dewan Pemuda PAS Kelantan yakin Bersih 3.0 akan terlaksana kerana ianya sudah mendapat lampu hijau Al-Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atau PRU13 adalah Bersih 3.0 kerana anak muda @ pengundi muda akan membersihkan kerajaan yang kotor dan membersihkan kepincangan SPR," katanya.
~harakah~
No comments:
Post a Comment