REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, July 26, 2011

MYKAD Pun Kantoi Nak Guna Biometrik

Tiba-tiba, Dato' Najib Tun Razak menyatakan kesediaan beliau untuk membantu SPR mengimplementasi sistem biometrik. Kesediaan ini sekaligus menolak penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Sungguh menghairankan apabila Perdana Menteri Malaysia begitu beriye-iye mahu mengimplementasi sistem Biometrik sedangkan sistem dakwat kekal lebih praktikal dan jauh lebih murah.

Yang Tulang Besi nampak adalah sistem biometrik ini memerlukan hubungan dengan sistem "database" yang dikawal oleh Kerajaan melalui SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara. Dengan kata lain, sistem Biometrik masih membolehkan Barisan Nasional mempunyai kawalan terhadap data dan maklumat.

Manakala sistem dakwat kekal menyebabkan kerajaan Barisan Nasional hilang kawalan sama sekali terhadap proses pembuangan undi.

Biometrik = Masih boleh dimanipulasi UMNO/BN

Dakwat Kekal = TIADA RUANG UNTUK MANIPULASI.

Tak hairanlah Najib beriye-iye mahu

PEGAWAI SPR PUN BERKOKOK MAHU BIOMETRIK

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Hashim juga menolak penggunaan dakwat kekal. Hujahnya adalah dakwat kekal ini terlampau kuno dan terkebelakangan. Hanya layak digunakan oleh negara-negara yang tidak membangun ataupun negara dunia ketiga seperti Zimbabwe, Afghanistan, Indonesia dsbnya.

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Hashim, dilaporkan berkata:

Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana "kithttp://www.blogger.com/img/blank.gifa tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi.

Pengerusi SPR pula system biometrik yang digunakan oleh Kementrian Dalam Negeri (pimpinan Hishamuddin Tun Hussein) akan digunakan oleh SPR. Beliau menerangkan serba sedikit tentang bagaimana sistem itu akan digunakan SPR:

“Pemegang kad pengenalan perlu mehttp://www.blogger.com/img/blank.gifletakkan jarinya pada alat biometrik dan maklumat yang tertera pada skrin akan sama dengan kad pengenalan yang dibawa. Sebaik disahkan, SPR akan memeriksa sama ada nama pembawa kad pengenalan itu disenaraikan dalam daftar pemilih.

“Jika namanya ada dalam senarai, barulah kita berikan kertas undi. Mereka yang sudah mengundi tidak boleh lagi mengundi di tempat lain kerana nama mereka sudah ditanda dalam bank data,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

MYKAD MALAYSIA TERUS BERMASAALAH

Malangnya, mengikut Syed Hamid Albar, pada tahun 2008, sekurang-kurangnya 10% MYKAD yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara adalah rosak. Beliau dilaporkan berkata:

KUALA LUMPUR: About 10% of the 24 million MyKad identification cards issued since 2001 had been replaced after they were found to be faulty.

Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said most of the cases were recorded this year, with 888,495 replacement MyKad identification cards issued until October.

Oleh kerana pengeluar MYKAD ini adalah sebuah syarikat kroni, maka mereka bebas mengeluarkan MYKAD mengikut kualiti yang mereka suka.

Tidak seperti kad bank yang tahan lama dan tahan lasak, MYKAD pula menggunakan cip murah yang dikatakan diimpot dari Taiwan.

Oleh sebab itulah, kadar kerosakan cukup tinggi dan membimbangkan.

Kadarnya kerosakan yang terlampau tinggi menyebabkan kerajaan sedang menimbangkan untuk membuat pertukaran secara menyeluruh pada RMK-10 nanti.

Mengikut kenyataan KSU KDN, Datuk seri Mahmood Adam:

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam memberitahu Berita Harian, cadangan menggantikan MyKad pernah dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), namun ditangguhkan berikutan kekangan ekonomi.

“Kabinet memutuskan penukaran (MyKad) tidak dibuat ketika itu kerana belanjanya besar dan banyak projek lain yang perlu diberikan keutamaan. Ia seterusnya diserapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan diteliti sekali lagi.

“KDN juga sudah mengenalpasti pelaksanaannya, namun belum ada apa-apa keputusan setakat ini dan semuanya bergantung kepada soal peruntukan kerana kita tidak mahu membebankan kerajaan dan rakyat,” katanya.

Dengan kata lain:

1.0 Tanpa MyKAD, sistem biometrik tidak boleh diimplementasikan
2.0 MYKAD yang dikeluarkan oleh JPN berkualiti rendah dan bilangan yang rosak
cukup membimbangkan
3.0 Bilangan MYKAD yang rosak adalah dalam jumlah yang berjuta, bukannya sedikit.
4.0 Bilangan kerosakan yang sebegitu tinggi ini menyebabkan kerajaan bercadang
untuk menukar kesemua MYKAD yang telah dikeluarkan oleh KDN selama ini.

Soalan saya pada SPR adalah:

Bagaimanakah SPR mahu mengimplementasi sistem biometrik dalam keadaan masaalah MYKAD masih belum diselesaikan sehingga sekarang?

Menggunakan dakwat kekal JAUHHHHHHH LEBIH SELAMAT DAN LEBIH PRAKTIKAL serta JAUUHHH LEBIH MURAH berbanding biometrik. Tapi, biometrik memberi peluang kepada UMNO untuk manipulasi proses pembuangan undi berbanding dakwat kekal.

~Tulang Besi~

No comments: