REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, July 18, 2011

Kedah Amal Konsep Amal Ma'ruf Nahi Mungkar

Dewan Ulama PAS Pusat menyifatkan ketegasan kerajaan negeri Kedah menguatkuasakan larangan hiburan berbentuk maksiat kepada orang Islam sepanjang Ramadhan sebagai tepat sebagai tanggungjawab pemerintah.
Ketuanya, Datuk Tuan Guru Harun Taib berkata, ianya bersesuaian dengan tuntutan amar ma’ruf nahi mungkar yang dituntut agama dan menjadi antara prinsip asas perjuangan PAS.

"Alhamdulillah Kerajaan Negeri Kedah telah berjaya menggunakan peluang bidang kuasa yang telah diperuntukkan ke atasnya untuk melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar ke atas penduduk Islam di negeri itu.

"Peluang ini tidak diambil oleh Umno kerana matlamat perjuangan Umno amat berbeza dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, ” katanya.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Kedah pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini. Dengan perlaksanaan itu, pusat-pusat hiburan orang bukan Islam dibenarkan beroperasi dengan syarat tidak membenarkan orang Islam mengunjunginya.
“Saya menyeru kepada semua negeri-negeri lain yang dipimpin oleh UMNO mencontohi sikap serius kerajaan Kedah untuk menjaga akhlak dan moral penduduk Islam di negeri itu khususnya pada bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan," tegasnya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, pengumuman perlaksanaannya oleh kerajaan Kedah itu dibantah beberapa pihak bukan Islam ekoran salah faham yang ditimbulkan media arus perdana. Mereka mendakwa kononnya kerajaan Kedah mahu menyekat hak mereka untuk berhibur dan berniaga sepanjang Ramadhan sedangkan ianya tidak dihalang oleh agama mereka.
Kerajaan Kedah bagaimanapun semalam telah membuat penjelasan bahawa pusat hiburan orang bukan Islam boleh beroperasi seperti biasa namun pengendalinya perlu memastikan tiada orang Islam dibenar masuk.

Jika melanggar arahan itu, lesen perniagaan mereka akan ditarik. Selepas penjelasan itu semalam, semua pihak kini bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Kedah itu untuk menghalang orang Islam melakukan maksiat.

~harakah~

No comments: