REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, July 18, 2011

Melaka Maju Bersama Sekolah Hamil

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan sikap dan tindakan kerajaan negeri atas keputusan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan sehingga ke 3 pagi. Ketua penerangannya, Muhammad Aizat Baharuddin berkata, tindakan tersebut suatu yang amat malang buat umat Islam di saat umat Islam hari ini semakin jauh dari pegangan agama.

"Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam perlu sedar tindakan melanjutkan operasi pusat hiburan lebih banyak mendatangkan mudarat.

"Ianya mengalakkan maksiat berlaku dengan lebih berleluasa dengan memberi ruang kepada rakyat khususnya orang Islam berkunjung sehingga lewat malam," ujar Aizat.

Beliau berkata, sikap ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Melaka di bawah Barisan Nasional gagal membimbing rakyat kepada panduan hidup bersyariat.
"Ianya juga di lihat berlawanan dengan sikap kerajaan Kedah yang mengajar rakyatnya agar tidak terjebak kepada maksiat dengan mengharamkan pusat hiburan kepada orang Islam,” katanya.

Katanya lagi, gegala keruntuhan moral anak muda hanya dibanteras setelah berlaku bukan membanteras sebelum berlaku, contohnya Sekolah Harapan yang dibina setelah anak muda terlajur.

"Adakah kerajaan negeri mahu menambahkan lagi bilangan pelajar di Sekoalah Harapan ini?" soal Aizat.

Menurut Aizat, Dewan Pemuda PAS Melaka menggesa agar kerajaan negeri mempertimbangkan lanjutan operasi pusat hiburan itu.

"Jangan hanya fikirkan soal keuntungan semata-mata. Fikirkan soal agama dan maruah anak bangsa pada masa hadapan.

"Dewan Pemuda PAS Melaka juga berharap Jabatan Agama Islam Melaka dan para agamawan dapat menegur dan tidak hanya diam membisu," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily pagi ini.

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

~harakah~

No comments: