REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, July 13, 2011

Bursa Saham Untung Tapi Makcik Jual Karipap Rugi RM10 Juta

Indeks komposit Bursa Malaysia menunjukkan peningkatan pada hari-hari terakhir menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua. Katanya, fakta itu sekali gus mengetepikan dakwaan bahawa keyakinan pelabur hilang berikutan perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya bebas dan adil di ibu negara.

"Pada minggu terakhir menjelang perhimpunan BERSIH, Indeks Komposit Bursa Malaysia meningkat sepenuhnya yang sekali gus menolak ada kesan ekonomi ekoran perhimpunan itu, meski pun kerajaan tanpa belas kasihan mengancam dan memberikan gambaran buruk," kata Pua.

Bahkan, kata Pua, indeks itu kukuh daripada 1582.35 pada Isnin (4 Julai) kepada 1594.74 pada Jumaat (8 Julai) - sehari sebelum perhimpunan BERSIH.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata, pengalaman di negara seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan juga menunjukkan perhimpunan aman yang selalu diadakan tidak menjejaskan prestasi ekonomi.

Sehubungan itu, Pua menyelar kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan timbalannya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang dilaporkan mendakwa BERSIH memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara.

Kedua-dua pemimpin utama MCA itu menganggarkan kerugian sektor pelancongan negara akibat perhimpunan haram Sabtu lepas mencecah lebih RM100 juta.

~MK~

No comments: