REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, July 3, 2011

Memang GILA Jika Sedia Ditahan ISA

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan laporan akhbar Sinar Harian bahawa beliau bersedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

Sebaliknya, katanya, beliau hanya menyebut bahawa polis mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa sahaja.

"(Laporan) itu tidak betul. Saya sebut polis ada kuasa unutk menahan sesiapa sahaja. Adalah pelik orang yang cintakan demokrasi ditangkap bawah ISA.

"Saya tidak sebut sedia ditangkap ISA, seolah-olah mencabar polis untuk tangkap (saya) bawah ISA... Siapa mahu kena tangkap ISA," katanya ketika menghubungi Malaysiakini.

Tegasnya lagi, beliau tidak mencabar polis untuk menahannya, termasuk pemimpin PAS. Bagaimanapun, katanya, PAS menyokong tuntutan BERSIH pada perhimpunan 9 Julai ini di ibu negara.

Tambahnya, masyarakat dunia akan berasa pelik, orang yang mempertahankan demokrasi ditahan di bawah akta tersebut. Sinar Harian melaporkan bahawa jika ditahan ISA sekalipun, pemimpin PAS tetap akan meneruskan perhimpunan tersebut.

Mohamad dilapor berkata beliau dan pemimpin PAS yang lain tidak akan berundur dan perhimpunan itu akan diteruskan kerana itulah perjuangan. Laporan itu juga menyebut beliau berkata, walaupun terdapat kenyataan daripada pihak berkuasa untuk menahan mereka yang terbabit, beliau tetap nekad menyertai perhimpunan tersebut.

Beliau dilapor berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden PAS dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar, di Jalan Kubur Maras, Kota Bharu.

~MK~

No comments: