REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, September 13, 2011

60 Bas Dari Luar Raikan Murujib Di Permatang Pauh

Bila aku menyiarkan satu laporan berita yang mengatakan 25 ribu hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia  ada penyokong Pakatan Rakyat kurang senang dengan laporan itu biarpun hakikatnya jumlah yang hadir sememangnya begitu, jadi kenapa aku perlu menafikannya?
Lagipun aku sendiri turut berada di sana dan ramai lagi sahabat yang menyokong Pakatan Rakyat turut serta dalam Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia itu.

Meskipun ada seruan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang menyeru agar penyokong Pakatan Rakyat hadir ke majlis tersebut dengan berpakaian kuning hanya beberapa kerat sahaja yang memakainya, itupun kerana mengiringi Guan Eng dan TKM1.

Selain dari mereka hanya Rais Yatim dan Isterinya sahaja yang berpakaian serba kuning. Najib pakaiannya juga kuning.

Najib masih tidak boleh mendabik dada berbangga dengan kehadiran 25 ribu hadirin didalam majlis itu seperti yang dikatakan oleh Ketua UMNO Permatang Pauh, Dato Jalil iaitu kami (semua yang hadir) menyokong Najib dengan sepenuh hati.

Malanglah Najib kalau beliau mempercayai apa yang diucapkan oleh Dato Jalil itu, kerana tujuan Dato Jalil itu sebenarnya hanyalah untuk membodek Najib supaya namanya disokong sebagai Calon untuk Kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini sahaja.

Kalah pun tak apa kan Dato? Pasal peruntukannya lumayan….

Najib juga pasti tidak akan berbangga dengan kehadiran 25 ribu di bumi Permatang Pauh itu, jika beliau tahu hakikatnya kebanyakkan dari mereka telah diangkut dengan sejumlah 60 buah Bas yang di sewa khas ke Majlis tersebut dari luar Kawasan Permatang Pauh.

Dan Najib pasti tidak akan berbangga jika beliau menyedari hampir 25% atau lebih dari 25 ribu yang hadir itu adalah anak-anak yang masih belum boleh mengundi.

Lagipun jika benar 25 ribu yang hadir itu menyokong Najib sekalipun mereka adalah pengundi di kawasan Permatang Pauh dan kawasan yang berhampirannya bukannya di Pekan, Pahang.




Ini dari PERKEP Seberang Perai Utara.



Bagaimanapun aku akui Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan jauh lebih Berjaya dari Majilis rumah terbuka DSAI pada 1 September lalu.. 30 Kali lebih Berjaya!

Dan aku juga berasa hairan mengapa ada pemimpin PKR yang sanggup mengeluarkan budget dengan segera untuk mengadakan Kenduri di sebuah Pusat Khidmat berhampiran dengan Sekolah tersebut untuk mengurangkan jumlah yang hadir kemajlis Rumah Terbuka Malaysia sedangkan dalam masa yang sama beliau sendiri turut serta menikmati juadah yang disajikan dalam majlis Rumah Terbuka Malaysia itu?

Apa salahnya jika kita semua menikmati juadah yang sama? Sedangkan kita semua rakyat Malaysia...






 Lihatlah lagi gambar bas-bas yang mengangkut orang ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia itu.

~anaksungaiderhaka~

No comments: