REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, September 13, 2011

UMporNO Penjajah Mengehadkan Kuasa Sultan

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan Umno adalah pewaris kepada sistem yang ditinggalkan oleh penjajah. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas situasi terkini di tanah air berkenaan dakwaan bahawa hanya Umno adalah pejuang kemerdekaan.

“Ianya seolah-olah menafikan peranan golongan lain yang turut berjuang untuk mencapai kemerdekaan di negara ini.

“Apa yang kita lihat melalui sejarah ialah kemerdekaan diberikan kepada orang Melayu oleh orang putih kepada golongan yang paling mereka (British) percayai pada waktu iaitu Umno,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, British sudah tentu akan memastikan bahawa bukan sahaja kepentingan politik mereka akan terjaga bahkan ekonomi British juga turut dijaga. Katanya, Umno dilihat sebagai pihak yang paling sesuai setelah kemerdekaan untuk menjaga kepentingan itu kerana British tidak percaya kecuali kepada hanya Umno sahaja untuk menjaga kepentingan mereka.

“Saya ingin ingatkan kepada seluruh orang Melayu di Malaysia bahawa sistem perlembagaan yang meletakkan pihak sultan hanya mempunyai kuasa yang terhad adalah berpunca kerana Umno.

“Umno ketika ingin memperolehi merdeka daripada British bersetuju untuk mengikut sistem yang diamalkan di British di mana raja hanya memegang jawatan terhormat dan hanya mempunyai kuasa yang terbatas dalam pentadbiran,” ujar beliau lagi.

~harakah~

No comments: