REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, September 15, 2011

Prof Kangkung Kling Kaki Bodek Celarukan Murujib

“Bila lagi Datuk Seri Najib mahu membuat pendirian rasmi bahawa negara kita tidak pernah dijajah sebagaimana kenyataan Prof Dr Zainal Kling, kemudian disokong pula oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, selaku Perdana Menteri, beliau mesti menyatakan pendirian rasmi kerajaan dan pendirian Umno di dalam hal itu. Beliau menambah, satu jawapan yang segera perlu dibuat untuk meredakan keresahan rakyat di negara ini.

Katanya, tidak boleh mendiamkan diri dengan tidak membuat apa-apa pendirian, kerana ia sudah menjadi polemik di dalam masyarakat sejak kenyataan ini dikeluarkan, lebih-lebih lagi guru sejarah yang sedang mengajar anak murid mereka yang sedang menghadapi peperiksaan UPSR.

“Datuk Seri Najib mesti ada keberanian untuk menyatakan pendirian rasmi, jika beliau bersetuju dengan Profesor Umno ini maka kena batal sambutan kemerdekaan negara kali ke 54 jika tidak akan diketawakan oleh orang,” ujarnya.

Tambahnya, semua soalan Sejarah mengenai kemerdekaan yang sudah dibuat perlu dibatalkan. Katanya lagi, semua tesis yang ditulis oleh sarjana yang berkaitan dengan kemerdekaan hendaklah dikeluarkan daripada semua perpustakaan yang disimpan di universiti negara ini.

“Anugerah bapa kemerdekaan kepada al-Marhum Tunku Abdul Rahman hendaklah ditarik balik.

“Nama Dataran Merdeka hendaklah ditukar segera. Segala ucapan Tun Dr Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri hendaklah dibakar kerana ia hanya pendustaan semata-semata selama 22 tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya semua silibus Sejarah daripada sekolah rendah sehingga ke universiti hendaklah dirombak.
Menurutnya, jika Najib tidak bersetuju, maka beliau mesti menarik balik anugerah Profesor Negara, kerana kenyataan yang tidak ada nilai akademik dan memalukan dunia akademik.

~harakah~

No comments: