REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, September 5, 2011

Pelarian Uighur dihantar Pulang Kerana Hubungan Rasmi UMNO-Parti Komunis China

Tindakan UMNO menghantar pulang Pelarian2 Politik Uighur pulang ke China dikutuk oleh ramai pihak. Sudah tentu pelarian2 politik Uighur ini akan berhadapan dengan nasib yang begitu ngeri dan tragis apabila mereka sampai di China kelak.

Sedih bila mengenangkan pelarian Uighur itu beragama Islam, sama agama dengan UMNO. Kedua-dua Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia adalah mereka yang mengaku diri mereka menganut agama Islam.

Namun, susah nak bayangkan bagaiamana orang2 yang mengaku Islam ini tergamak bertindak zalim sedemikian kepada saudara seagama seperti itu.

Lebih2 lagi penghantaran pulang ini berlaku dalam bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan, Islam menyuruh umat nya berbuat kebajikan dan kebaikan. Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian.

Adakah itu satu bentuk kebaikan yang diajar Islam untuk umatnya lakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tulang Besi mengesyaki tindakan UMNO ini adalah disebabkan hubungan formal UMNO dan Parti Komunis China yang terjalin pada September 2009 yang lepas. Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti UMNO dengan Parti Komunis China.

Hairan berhari-hari UMNO menghentam Abang Mat Sabu kononnya Abang Mat pro komunis. Walhal, pada waktu yang sama UMNO menurut kehendak Parti Komunis China dan berlaku zalim kepada saudara seagama yang berbangsa Uighur.

Inilah cakap tak serupa bikin.

Juga, boleh pulak permit suara rasmi Parti Komunis China, People's Daily diberikan permit oleh UMNO untuk dicetak dan disebar di Malaysia.

Bukankah Parti Komunis Malaya adalah di bawah naungan Parti Komunis China?

Siapa sebenarnya yang pro komunis?

Kalau nak kata menghormati pejuang2 yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur shahid menentang kebangikitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.

~Tulang Besi~

No comments: