REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, September 9, 2011

Potong Jari 'Pengundi Hantu'

Walaupun penggunaan dakwat kekal akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen ia tidak ada makna jika ‘hantu’ masih ada jari.

“Ini kerana nama mereka ada di dalam daftar pemilih, walaupun mereka bukan penduduk tetap,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Katanya, walaupun pendedahan dan bukti dibuat oleh PAS dan Pakatan Rakyat mengenai daftar pemilih namun sikap pekak badak yang ada kepada orang suruhan Umno di SPR masih tidak berubah.

“Mungkin inilah cara kerja jahat mereka untuk merampas Selangor dengan cara tidak demokratik,” ujarnya.

Menurutnya, pendedahan demi pendedahan seperti Mismah yang bertukar status dalam masa 2 jam kepada warganegara, nama Kg Baru telah menjadi pengundi berdaftar, kes nombor kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu, nama sama cuma nombor kad pengenalan 4 digit belakang berbeza, undi pos yang menjadi undi dipangkah oleh pihak lain dan yang terbaru penduduk sementara disahkan boleh mengundi iatu Numi bin Syukri (880306115096) mengundi di Hulu Besut, Parlimen Besut dan Hasmidah Binti Surahbil (820315126446) mengundi di Dun Semenyeh Parlimen Hulu Langat.

“Tidak ada makna kalau menggunakan dakwat kekal jika ‘hantu-hantu’ ini boleh mengundi kerana hantu moden ini ada jari dan kad pengenalan,” katanya lagi.

Oleh itu, katanya reformasi pilihan raya mesti dibuat secara menyeluruh.

“Ertinya tidak guna jika dakwat kekal digunakan sedangkan hantu-hantu ini boleh mengundi walaupun mereka bukan warga negara,” katanya.

Beliau menambah, jawapan daripada SPR untuk membodohkan rakyat apabila pendedahan itu dibuat, maka ia menyalahkan penolong pendaftar.

Ini, katanya seperti ada pasangan tentera didaftarkan sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera seperti yang di dedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Anthony Loke terdapat 21 pengudi pos yang dikesan.

“Kenapa Datuk Wan Ahmad hendak melepaskan diri? Kenapa SPR tidak menolak borang tersebut?” soalnya.

Beliau juga bertanya berapa ribu borang yang diisi oleh penolong pendaftar parti yang ditolak oleh SPR dengan alasan yang berbagai. Ini, katanya satu lagi bukti memang Datuk Wan Ahmad adalah budak suruhan Umno.

~harakah~

No comments: