REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, September 13, 2011

Cukai "TopUp" Adalah Cukai yang Tidak Sah, Untung Atas Angin

Mengapa perlu Kerajaan Malaysia mengenakan cukai ke atas "Top-Up"?

Kehairanan Tulang Besi adalah berdasarkan beberapa sebab:

1.0 Keseluruhan industri telekomunikasi telah diswasta oleh Kerajaan. Dengan kata lain, Kerajaan tidak membelanjakan wang walau satu sen untuk memberi khidmat telekomunikasi kepada rakyat Malaysia

2.0 Kesemua peralatan komunikasi dibeli oleh syarikat2 telekomunikasi dan bukannya kerajaan. Telefon mobile itu sendiri dibeli oleh rakyat jelata dan tidak disubsidi mahupun dibelikan oleh kerajaan.

2.1 Malahan, setiap barangan telekomunikasi telah pun dikenakan duti impot sewaktu mereka masuk ke Malaysia.

3.0 Stesen-stesen telekomunikasi juga disediakan oleh pihak swasta. Syarikat2 ini membayar cukai tanah kepada Kerajaa2 Tempatan dan juga bayaran sewa kepada tuan punya tanah atau bangunan bagi setiap stesen telekomunikasi

4.0 Kerajaan Malaysia hanya memberi lesen kepada frekuensi yang digunakan oleh setiap syarikat telekomunikasi. Kos mentadbir pemberian lesen dan penguatkuasaan telah pun dicas di dalam bayaran lesen yang dikenakan kepada setiap syarikat telko ini.

5.0 Cukai korporat juga dikenakan kepada setiap syarikat telekomunikasi setiap tahun di atas keuntungan yang telah mereka buat.

Jelas, kerajaan tidak terlibat di dalam menyediakan kemudahan telekomunikasi kepada rakyat Malaysia. Tugas kerajaan hanyalah dalam urusan pemberian lesen dan penguatkuasaan lesen yang tidak memakan kos yang besar.

Maka, saya ingin bertanya, dimanakah kewarasan pihak kerajaan untuk mengenakan cukai kepada setiap "Top-Up" ini? Lebih tidak waras apabila cukai ini dipindah kepada pengguna yang telah pun dikenakan cas ke atas semua kos yang ditanggung oleh syarikat2 telekomunikasi ini.

Juga soalan cepumas yang hendak ditanya adalah:

Apakah khdimat yang diberi oleh kerajaan bagi menjustifikasi cukai "TopUp" ini memandangkan segala yang berkaitan dengan telekomunikasi telah pun diswastakan?

Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan UMNO/BN ini mengingatkan saya kepada pepatah "Untung Atas Angin". Ertinya keuntungan yang dibuat tanpa perlu mengeluarkan modal ataupun apa-apa usaha.

Dalam konteks Malaysia, tampak ia lebih kepada satu bentuk PEMERASAN terutamanya ke atas rakyat Malaysia.

Maka, saya mencadangkan cukai "TopUp" ini dihapuskan sama sekali.

~Tulang Besi~
Keputusan TELCO kerana kos cukai cecah lebih RM576 juta: SKMM 2011/09/10

CYBERJAYA: Suruhannjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjelaskan pengumuman oleh syarikat telekomunikasi (TELCO) untuk menyalurkan cukai perkhidmatan 6 peratus kepada pengguna perkhidmatan telefon prabayar adalah keputusan yang dibuat secara unilateral dan bukan keputusan kerajaan.

Menurut SKMM, keputusan untuk tidak lagi menanggung kos pembayaran cukai perkhidmatan bagi pelanggan mereka itu berikutan peningkatan sehingga RM576.8 juta yang dibayar Maxis, Celcom dan Digi tahun lalu.

"Pihak TELCO menanggung cukai perkhidmatan bagi mengalakkan pengunaan perkhidmatan prabayar tetapi kini penggunaan perkhidmatan prabayar meningkat sehingga 27.6 juta pengguna," menurut kenyataan itu

SKMM menjelaskan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan prabayar itu adalah sama seperti yang dikenakan untuk perkhidmatan lain. Menurutnya, sejak dilaksanakan dalam 1988, syarikat telekomunikasi membayar cukai perkhidmatan bagi pihak pengguna telefon prabayar secara sukarela.

"Setakat ini pelanggan perkhidmatan telefon pascabayar membayar cukai perkhidmatan ini," menurut kenyataan itu yang disiarkan BERNAMA.

Perlaksanaan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan telekomunikasi dilaksanakan pada 1998 menurut peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 dan selaras dengan mekamisme percukaian Negara.

Ia selaras peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang mengkehendaki pengguna menanggung cukai bagi perkhidmatan penggunaan merangkumi perkhidmatan telekomunikasi dan TV berbayar kecuali perkhidmatan internet.

~tulang besi~

No comments: