REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, September 9, 2011

Cabar JAIS Siasat dan Dakwa Satim Diman (UMNO) kerana Beri Tazkirah

Sinar Harian pada 22 August 2011 melaporkan Ketua Pembangkan Selangor, YB Satim Diman, telah memberi tazkirah di dalam sebuah masjid di Kampung Melayu Subang.

Mengikut laporan Sinar Harian itu:

PUCHONG - “Kalau dia tidak suka orang Melayu di Malaysia, dia boleh pindah ke negara lain,” kata Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman mengenai tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan, memperlekehkan institusi istana serta mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh dalam takzirahnya di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang, minggu lalu.

Laporan tersebut tidak dinafikan ataupun ditolak oleh Satim. Dan saya yakin Satim Diman tidak pernah mendapat tauliah untuk memberi ceramah agama ataupun khutbah.

Yang hairannya, mengapa Satim Diman tidak disiasat Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor?

Mengapa hanya Khalid Samad yang disiasat dan didakwa? Mengapa tauliah yang diberikan kepada Dr Rani Othman ditarik balik?

Saya rasa janganlah kita nak harap JAIS dan MAIS ni bebas dari politik. Saya yakin pernyataan YB Khalid Samad bahawa MAIS dan JAIS adalah kubu terakhir UMNO di Selangor adalah benar dan sangat2 benar.

Teori JAIS/MAIS mahu membalas dendam terhadap Khalid Samad kerana mengagalkan perancangan UMNO di dalam serbuan DUMC semakin jelas kebenarannya.

Mungkin juga ini tindakan balas dendam kerana Khalid Samad antara yang lantang mendedahkan kelemahan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menyebabkan beberapa orang Islam terpaksa mengemis bantuan dari gereja.

Tidak seharusnya badan yang menjaga hal ehwal Islam di Selangor menggunakan kuasa mereka untuk membalas dendam sebegini.

MAIS dan JAIS harus ingat hadeeth Nabi SAW yang menyuruh kita takut kepada doa orang yang dizalimi.

Dalam keadaan sekarang ini, Khalid Samad adalah dizalimi.

~Tulang Besi~

No comments: