REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, September 9, 2011

Rakyat DidaHULUkan Bayar Lebih Kerana Pencapaian ROSMAH diuTAMAKan Beli Cincin

Pengenalan cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM prabayar, telah menyatukan ahli politik muda dari parti kerajaan dan pembangkang yang sama-sama membantah langkah itu.

NONESelepas pengumumannya semalam, ketua Pemuda Umno dan BN, Khairy Jamaluddin adalah antara orang pertama yang secara terbuka menyuarakan bantahannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Boss @NajibRazak, tax kepada pengguna pre-paid satu keputusan yang tidak munasabah & bebankan rakyat. Saya bantah. Pohon dibatalkan," tulis Khairy di Twitternya malam tadi.

Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi Malaysia semalam, mengumumkan pengenalan cukai tersebut, berkuatkuasa 15 September. Ini bermakna, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Syarikat telekomunikasi menyifatkannya sebagai cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah NGO yang diketuai pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menyertai Khairy membantah cukai baru itu.

Mereka berdua dianggap sebagai musuh politik kerana Chegubard bertanding menentang Khairy di kerusi parlimen Jelebu dalam pilihan raya umum lalu. SAMM mengingatkan kerajaan bahawa sebahagian besar pengguna mudah alih prabayar adalah dari golongan berpendapatan rendah, termasuk pekerja kilang dan pelajar.

Katanya, mengenakan cukai cukai 6 peratus cukai itu menunjukkan kerajaan hanya melindungi badan korporat dan syarikat telekomunikasi, dengan memindahkan bebannya kepada pengguna walaupun syarikat berkenaan membuat keuntungan setiap tahun.

Dalam kenyataan, SAMM mendakwa kerajaan 'tunduk' kepada gergasi korporat dengan tujuan untuk memperkayakan mereka tanpa mengambil kira masalah kepada pengguna.

Sehubungan SAMM menggesa rakyat supaya menolak kerajaan persekutuan, sekiranya ia meneruskan dasar-dasar yang membebankan mereka. Bagaimanapun, pandangan Khairy tidak dikongsi oleh rakannya, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Dalam Twitternya, Abdul Rahman melihat cukai tersebut sebagai sumbangan kepada ekonomi negara oleh pengguna prabayar. Katanya, kali ini giliran pengguna prabayar pula untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Yang penting adalah cincin harga RM24 juta. Rakyat umum tak penting. Biar rakyat marhean biasa bayar cukai "top-up". Bila topup RM10 kena bayar RM10.60.

TAPII!!! bila kita protes perkara ni, mereka akan kata Pakatan Rakyat sokong Sosialisma.

Kita wajib sokong sistem kapitalisma UMNO seperti di bawah:

Bila Untung Beri Kroni. Bila Rugi Rakyat Tanggung
Hairan sangat-sangat. Bila untung semua pergi pada kroni.

Buat jalan, kroni untung RM13 billion (yg diketahui). Bila minyak naik, kroni tak kena bayar cukai, rakyat kena tanggung. Bila subsidi, tarik subsidi pada rakyat, pada kroni terus.

Skrg ni, Najib lebih menyebelahi syarikat2 telco yang kaya raya berbanding rakyat Malaysia yang semakin kesempitan dalam hidup mereka.

~MK~

No comments: