REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, September 28, 2011

Patutlah UMNO Pernah Dikafirkan oleh Ulama2 Pondok Dahulu

Sedari zaman sebelum Merdeka lagi UMNO dengan lantang menolak hukum syariah ISlam. Malahan, kalau tidak disebabkan PAS masuk BN pada tahun 1974, nescaya kita tidak akan mendengar azan di kaca televisyen kita.

Sememangnya UMNO adalah rakan karib MCA dan MIC kerana mereka sama-sama ijmak menolak hukum Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan Allah SWT.

Dalam kes terbaru yang melibatkan hudud, berebut-rebut pimpinan UMNO seperti Najib, Zahib Hamidi, Muhyiddin dan sebagainya menurut kehendak pelakon porno bernama Chua Soi Lek.

Malahan, yang hairannya, seorang graduan Oxford yang hampir tiada latar belakang agama boleh tampil dan meminta supaya hudud dibenarkan di KElantan.

Namun, jgn kita tertipu dengan sandiwara Khairy Jamaluddin itu. Ia tidak lebih langkah desperado dari KJ untuk menyelamatkan UMNO di kaca mata orang Melayu terutamanya pengundi baru kalangan orang Melayu.

Mengikut kajian terbaru Merdeka CEnter, sokongan kepada hukum jenayah Islam di kalangan pemuda/di Islam adalah terlampau tinggi.

Mengikut gambarajah di atas:

1.0 72% belia Malaysia menyokong hukum potong tangan

2.0 92% menyokong hukum bunuh kepada jenayah membunuh

3.0 93% menyokong hukum sebat ke atas peminum arak.

Malahan, kajian yang sama menyatakan 72% belia Islam di Malaysia menyokong Al Quran menjadi hukum tertinggi di Malaysia.

Jelas, UMNO sedang menggali kubur sendiri. MEreka sanggup tunduk kepada amaran yang diberikan seorang pelakon porno dan menolak arahan dari Allah SWT.

Tak hairanlah ada ulama2 pondok pada tahun 50an dan 60an yang telah mengkafirkan UMNO.

Ya memang benar telah berlaku kafir mengkafir ke atas UMNO tapi pengkafiran itu datang dari Pondok bukan dari PAS.

Sekian

~Tulang Besi~

MahaFiraun Tolak Hudud

Kalau dilihat dari surat Perdana Menteri Mahathir Muhammad kepada MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pada 15 Julai 1994, tidak nampak apa-apa yang bahayanya. Tiada sebut pasal MAGERAN, rampasan kuasa, penangkapan pimpinan2 PAS di bawah ISA, penggantungan DUN Kelantan dsbnya.

Menaqal sedikit dari perenggan akhir surat Dr Mahathir itu:

.......maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

AKTA DARURAT KELANTAN 1977

Ramai tidak sedar bahawa Kelantan masih di tertakluk di bawah Akta Darurat Kelantan 1977.

Akta ini membenarkan kerajaan Pusat:

1.0 Mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kelantan
2.0 Menggantung DUN Kelantan serta kesemua Enakmen-Enakmen yang telah diluluskan
3.0 Menangkap sesiapa sahaja yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan KElantan.

Ramai yang menuduh Tok Guru Nik Aziz pengecut dan takut untuk melaksanakan hudud di Kelantan

Ini kerana ramai yang tidak tahu menahu akan Akta Darurat ini.

Apabila mantan Perdana Menteri telah memberi amaran keras untuk tidak melaksanakan hukum hudud, maka ia bermakna Perdana Menteri boleh menggunakan Akta Darurat 1977 untuk MENGAGALKAN perlaksanaan hukum tersebut di Kelantan.

Apabila DUN telah digantung dan pentadbiran kerajaan negeri diambil alih kerajaan Pusat, secara otomatik hudud yang hendak dilaksanakan tadi tidak dapat dilaksanakan sama sekali.

Maka, tindakan mantan Perdana Menteri/Mahathir tidak lebih dari tindakan Stalin dan Lenin yang telah menghapuskan sama sekali perlaksanaan undang2 Islam di negera2 Asis Barat satu masa dahulu.

Seharusnya Maahthir dibicara di Mahkamah Syariah atas tuduhan murtad.

Dan, Perdana Menteri sekarang lebih rela sujud pada pelakon porno dari menjalankan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT

~Tulang Besi~

Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat Malam Ini

Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS malam ini iaitu tempat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuaratnya.

Walaupun tidak ada panggilan untuk sidang akhbar, adalah dijangka wakil media akan memenuhi perkarangan bangunan PAS itu bagi mendapatkan keputusan mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia selepas ini.

Harakahdaily difahamkan, pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan cadangan PAS 'untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja.'

Isu ini berbangkit ekoran cabaran bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamed agar kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir, beliau telah dianggap oleh PAS sebagai penghalang pelaksanaan hudud ekoran surat amaran yang beliau hantar kepada Menteri Besar Kelantan yang melarang kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya.

Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan meminta kebenaran daripada PM sekarang, Datuk Seri Najib Razak.

Belum sempat permohonan dibuat, Najib sudah berkata, kerajaan tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan di negara ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana berlawanan dengan perlembagaan dan DAP tidak bersetuju dengannya.

Yang menjadi bertambah parah lagi apabila media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, kesemua pimpinan DAP yang ada sekarang akan meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan melalui platform Pakatan.

Walaupun ia laporan yang tidak tepat (kerana apa yang dikatakan beliau adalah kesemua pemimpin DAP akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hudud ada dalam agenda bersama Pakatan iaitu dalam buku Jingga yang telah dikeluarkan), ia telah mengelirukan banyak pihak.

Hubungan PAS dan DAP sebelum ini telah pecah pada tahun 2003 apabila berbangkit isu Negara Islam selepas dokumen negara Islam dikeluarkan PAS.

Selepas satu mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel, DAP memutuskan keluar dari Barisan Alternatif (BA) dengan meninggalkan PAS dan Keadilan.

Ekoran dari perpecahan itu dan isu-isu yang berkaitan dengannya, PAS dan Keadilan ketika itu telah kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004 termasuk kehilangan sebuah negeri iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti yang kecil (tiga kerusi yang kemudiannya menjadi satu kerusi selepas PAS kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir).

Suasana berbeza

Kini, dengan suasana yang berbeza, isu panas antara PAS dan DAP datang lagi dan pemimpin PAS dan DAP akan bertemu lagi. Isunya adalah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang termasuk hukum hudud di dalamnya.

Tetapi kali ini, ada PKR di tengah-tengah dengan pengerusi kepada mesyuarat ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hampir semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti akan hadir dalam mesyuarat yang bermula jam 9 malam ini kecuali Tuan Guru Nik Aziz yang tidak dapat hadir (mungkin keberatan untuk memberikan kebebasan perbincangan).

Bagi penganalisis politik, Profesor Bridget Welsh, hudud bukan isu utama rakyat negara ini sekarang kerana isu utamanya adalah isu ekonomi, isu bagaimana kerajaan BN telah menggunakan duit rakyat untuk mempertahankan kuasa mereka.

Namun, bagi sesetengah pihak dalam PAS, isu ini adalah kebaikan yang datang dalam masalah yang menimpa (blessing in disguise).

Bagi mereka, serangan Umno terhadap PAS kononnya 'PAS adalah kuda tunggangan DAP' akan dibuktikan dalam isu ini.

"Jika PAS berkata bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagaimana kehendak DAP, maka sahlah tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP.

"Namun, jika PAS, PKR dan DAP dapat mencapai kata sepakat untuk berkata, 'kita benarkan PAS laksanakan undang-undang ini untuk orang Islam sahaja dan di Kelantan sahaja bukan untuk lain-lain negeri', saya yakin halangan untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya tidak ada lagi.

"Tetapi, jika isu ini gagal dicapai kata sepakat malam ini, dan DAP akan mengambil tindakan yang sama sebagaimana tahun 2003 lalu, Pakatan akan hancur dan saya yakin DAP juga akan kehilangan sokongan khasnya orang Melayu," kata pemimpin PAS itu.

Bagi beliau, Kelantan dimenangi oleh PAS sejak tahun 1990 tanpa sebarang kaitan dengan DAP dan negeri itu berjaya dipertahankan oleh PAS sehingga kini.

PAS pula bersama dengan Pakatan Rakyat membentuk bersama negeri Selangor, Kedah dan juga Pulau Pinang di samping Perak sebelum ini.

Beliau dengan penuh yakin berkata, pihak yang paling rugi jika perpecahan berlaku adalah DAP kerana sudah pasti Selangor akan jatuh dan silap-silap Pulau Pinang pun akan jatuh dalam pilihan raya akan datang tanpa sokongan Melayu.

"PAS boleh jadi akan berjaya mengekalkan Kelantan dan Kedah walaupun bersendirian atau bersama PKR atas sokongan Melayu dengan isu ini dan boleh jadi akan menang juga di beberapa negeri lain," kata beliau.

Namun, bagi Bridget Welsh (gambar kanan) , andaian ini tidak tepat kerana sebahagian Melayu juga tidak bersetuju dengan hudud dan lebih terpengaruh dengan isu ekonomi apatah lagi pengundi Cina dan India.

Namun beliau bersetuju bahawa, jika PAS benar-benar mahu melaksanakannya, ia perlu melalui proses demokrasi yang terbaik termasuk pungutan suara selepas menang agar tidak ada mana-mana pihak yang terasa dizalimi.

"Itupun akan masih ada golongan minoriti yang akan terasa dizalimi," kata beliau kepada Harakahdaily menjelang mesyuarat malam ini.

Namun, semua persoalan di atas akan dicerakinkan oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat malam ini.

Jika mereka berjaya melepasinya, bermakna jalan ke Putrajaya terbuka luas. Namun, jika ujian hasil mainan Tun Dr Mahathir ini gagal diatasi, esok tidak akan ada Pakatan Rakyat lagi.

Pun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustyafa Ali dikatakan sangat yakin, soal pecah antara PAS dan DAP tidak akan berbangkit dalam mesyuarat malam ini.

Ini kerana, binaan Pakatan yang ada sudah cukup kuat untuk menempuh segala badai yang melanda dan yakin pemimpin Pakatan sudah cukup dewasa untuk mengatasinya dengan baik.

~harakah~

Murujib Di Ambang Kejatuhan Oleh Kakitangan Awam

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - hari ini mendakwa menerima maklumat kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar orangnya meresapi badan kerajaan yang strategik untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Musuh" ini didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.

Dalam artikel bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam
badan-badan strategik kerajaan?' yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan (kanan) mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.

"Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

"Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata," tulisnya.

Beliau memetik maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi, tulisnya, inilah kemenangan Anwar yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang Anwar secara perlahan.

"Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk (Muammar) Gaddafi (pemimpin Libya yang digulingkan).

"Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!'' tulis Zaini memetik maklumat tersebut.

Sebagai contoh Zaini memetik maklumat itu lagi: " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

"Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Bagaimanapun, Zaini menegaskan dia tidak dapat mengesahkan apa yang dikatakan oleh sumbernya itu.

"Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

"Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya."

Jika dakwaan itu benar, tulis Zaini, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya dan sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

"Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa," tambahnya.

~MK~

Murujib dan Rosmah Kecut Perut Jadi Saksi

Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat.

Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.

Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.

Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

“Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

“Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya,” katanya dalam afidavit itu.

Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.

Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.

Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.

Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya.

~MK~

40 Ulamak UMporNO Sudah Bersedia Digempur Ulama PAS

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali menegaskan bahawa pihaknya telah siap menyusun strategi dan pelan tindakan untuk menggempur Umno BN dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Menurut beliau, Dewan Ulamak telah menggerakkan jenteranya di seluruh negara untuk memastikan matlamat menuju ke Putrajaya menjadi kenyataan dengan izin Allah SWT.

Beliau menambah, ia merupakan sebahagian keputusan dan pelan tindakan yang telah diambil dalam Retreat Ulamak PAS Pusat yang telah diadakan di Perak, baru-baru ini.

“Kita telah mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera dewan untuk bersiap sedia menghadapi PRU 13 nanti yang mungkin akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja,” tegas beliau.

“Insya Allah kita akan menyediakan 12 orang khutaba’ mengikut skala yang tertentu dan buku panduan petugas dalam masa sebulan ini untuk menjadi panduan yang jelas bukan sahaja kepada petugas Dewan Ulamak PAS Pusat tetapi juga diagihkan kepada seluruh petugas-petugas dari pelbagai lajnah dan dewan,”tambah beliau.

Menurutnya, buku manual itu akan mendedahkan bagaimana Umno gagal untuk membela nasib umat Islam secara sepatutnya di negara kita sekarang.

Beliau menjelaskan ia adalah buku yang ingin memberi nasihat seluruh rakyat Malaysia dan Umno secara tidak langsungnya supaya kembali kepada panduan Al-Quran dan as-Sunnah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

“Kita menyeru kepada semua ahli Dewan Ulamak sama ada pada peringkat pusat ataupun negeri agar berada dalam bersiap dan mengikut segala perancangan yang telah ditetapkan dan yang paling penting senantiasa berdoa kepada Allah SWT supaya segala usaha kita ini diberkati oleh Allah SWT kerana itulah matlamat utama perjuangan kita,” ujar beliau lagi.

~harakah~

MahaFiraun Bertanggungjawab Penggabungan MAS-AirAsia

Isu penggabungan syarikat penerbangan Airasia dengan Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) semakin hangat diperkata sehingga menimbulkan bantahan dari pelbagai pihak termasuk Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU).

Dalam satu temubual bersama Setiausaha Agung Maseu, Ab Malek Arif di pejabatnya hari ini, beliau menjelaskan MAS mempunyai banyak aset, kenapa perlu penggabungan dengan syarikat yang kecil seperti Airasia yang hanya baru bertapak.

"MASEU memang tidak setuju dengan penggabungan tersebut kenapa MAS yang mempunyai banyak aset perlu bergabung, ini menjadi satu kemusykilan dan persoalan.

"Secara jelas saya katakan dalam penggabungan ini, kita hanya nampak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes hanya di hadapan sedangkan yang memainkan peranan di belakang masih ada lagi tangan-tangah ghaib.

"Kita tahu Tony tidak akan dapat berbuat apa-apa jika tiada mereka yang mempunyai pengaruh di belakang. Tony datang di bawah arahan pihak tertentu dan ini diketahui oleh kakitangan MAS,” katanya.

Sebenarnya, kata beliau tangan ghaib ini telah wujud sekian lama semenjak zaman Tan Sri Tajuddin Ramli menjadi Pengerusi MAS apabila Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir Mohamed melantik Tajuddin menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman walaupun pada waktu itu MAS sentiasa mendapat keuntungan setiap tahun.

Katanya, manakala semenjak pengerusi ditukar MAS bukan sahaja tidak untung malah terus rugi setiap tahun. Tambah Malik lagi sehingga sekarang kakitangan MAS masih memarahi dan tidak maaf apa yang telah dilakukan oleh Mahathir itu.

"Secara jelas kakitangan MAS tidak maafkan Mahathir sehingga sekarang persoalan timbul kenapa individu yang boleh membawa keuntungan kepada MAS ditukar dan membawa masuk mereka yang telah menyebabkan MAS rugi teruk.

"Tidakkah ini menunjukkan ada individu yang berpengaruhi di dalam politik mahupun kerajaan?” soalnya.

Justeru, beliau ingin menyatakan sejak Januari hingga Mac tahun 2011, MAS mengalami kerugian RM270 juta manakala dari April hingga Jun kerugian bertambah dan hampir RM500 juta.

Keadaan ini, ujarnya menyebabkan kakitangan MAS tidak boleh terima, jelas ada sesuatu yang berlaku di sebaliknya.

"Kenapa kerugian ini terus berlaku dan persoalan kenapa kerajaan tidak memanggil Abdul Aziz kembali jika selama ini dibawah beliau kita tahu MAS sentiasa untung," ujarnya lagi.

Setiausaha Agung MASEU itu memberitahu mereka bersetuju jika ia adalah kerjasama biasa tetapi penggabungan yang membolehkan Tony masuk ke dalam MAS tidak boleh diterima.

"Kerjasama biasa kami boleh terima tetapi jika selain dari itu kami tidak boleh terima kerana kita tahu Tony bukan sahaja masuk untuk dirinya sendiri tetapi bersama-sama tangan ghaib yang ada di belakangnya, apa akan jadi. Tony tidak boleh buat macam AirAsia.

Katanya, kedatangan Tony dengan tangan ghaib itu bukan sahaja ingin mengambil MAS tetapi akan turut mengambil MASKargo dan juga Maintenance Repair Overhaul (MRO).

“Kita tidak mahu ini terjadi.

"MAS adalah hak rakyat dan kerajaan adalah pemegang amanah, kalau ada mana-mana orang dalam kerajaan mahu memberi MAS kepada individu sepatutnya ia dibentang di Parlimen bukannya dibuat mengikut kuasa yang dimiliki oleh mereka," sambung beliau lagi.

Malik menegaskan sekali lagi perancangan awal pengabungan ini akan dilakukan sebelum bermulanya Sidang Dewan Rakyat tetapi apabila perkara ini telah hangat perkara tersebut dilengahkan.

~harakah~

Apa Sahaja Undang-undang Seperti ISA Tidak Relevan Lagi Masa Kini

Pakatan Rakyat tidak akan menerima sebarang undang-undang untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mahu dimansuhkan oleh kerajaan, kata timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

Pendirian Pakatan, tegasnya, adalah jelas, iaitu mansuhkan ISA sepenuhnya dan tiada undang-undang baru menggantikannya.

Bercakap selepas satu forum awam malam tadi, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata, Pakatan bersedia untuk membantu kerajaan dalam mendraf rangka kerja pasca-ISA.

Azmin berkata pihaknya akan menunggu respon kerajaan terhadap tawaran kerjasama tersebut.

Penalis forum mengenai pasca-ISA itu ialah ahli parlimen Subang, R Sivarasa; profesor undang-undang, Abdul Aziz Bari, dan penganalisis politik, Wong Chin Huat.

Ditanya mengenai "rangka kerja" tersebut jika ia bukan undang-undang untuk menggantikan ISA, Azmin berkata, pakatan akan membentangkan cadangannya untuk reformasi pasukan polis.

Menurutnya, pasukan polis yang berwibawa akan mampu bertindak menangani ancaman keselamatan negara tanpa memerlukan tahanan tanpa bicara.

~MK~

BERSIH dibenar cabar pengharaman

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bagi membatalkan perintah yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof mendapati permohonan BERSIH 2.0, diketuai peguam yang juga pengerusinya Datuk S Ambiga dan 14 anggotanya 'tidak semborono'.

Dengan mengetepikan bantahan kerajaan, hakim Rohana menetapkan 22 November depan untuk mendengar merit permohonan itu.

Hakim bagaimanapun membenarkan bantahan responden terhadap tindakannya merampas beberapa barangan daripada sekretariat BERSIH 2.0 di pejabatnya di Petaling Jaya.

Keputusan dibuat dalam kamar.

Permohonan itu difailkan oleh 14 AJK BERSIH 2.0 yang diketuai Ambiga pada 8 Julai lalu dengan menamakan menteri dalam negeri selaku responden pertama, diikuti ketua polis negara dan kerajaan Malaysia.

Mereka antaranya memohon perintah certiorari bagi membatalkan perisytiharan perintah oleh menteri dalam negeri pada 1 Julai lalu yang mengisytiharkan gerakan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuatkuasa serta-merta.

Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan.

~MK~

Kepala Hotak Hang Kalau Naik Bas Mewah

Rakyat sudah bosan dengan retorik lakonan bohong, rakyat bukan mahu Perdana Menteri naik bas atau basikal.

“Selaku Perdana Menteri, rakyat tidak kisah jika kamu gunakan peruntukan yang dibenarkan berpada-pada tetapi yang penting kami mahu kamu menguruskan ekonomi dan negara dengan adil dan saksama,” kata Pengarah Sekreteriat Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zulkifli Ibrahim.

Beliau turut menyentuh pengisytiharkan 12 resolusi pada Ahad lepas hasil dari permukiman dua hari yang menghimpunkan semua pengarah, penyelaras di peringkat pusat negeri dan wakil-wakil perbagai segmentasi anak muda.

Katanya, hasil diskusi panjang yang turut menghadirkan beberapa orang sumber dari perbagai latar termasuk ahli politik pembangkang, ahli politik pemerintah, cendiakawan, wartawan dan aktivis.

Menurutnya, bukan sekadar 12 resolusi diangkat tetapi turut dibincangkan ialah program-program partikal bersesuaian dengan resolusi tersebut, namun semalam muncul cakap-cakap yang mengatakan sebuah sayap parti politik telah meniru salah satu resolusi yang diangkat SAMM.

Dalam 12 resolusi SAMM terkandung dengan jelas salah satunya berbunyi: Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMMmelancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalammenyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.

Manakala semalam, jelasnya sebuah sayap pemuda sebuah parti politik pula mengumumkan akan mengadakan kaji selidik untuk mendapat pandangan orang muda seperti yang dicadangkan oleh SAMM.

Untuk pengetahuan semua, katanya SAMM tidak kisah lansung jika ada pihak meniru mana-mana cadangan SAMM.

“Sememangnya usaha kami bermukim secara serius dan berhempas pulas berhari-hari untuk melahirkan resolusi ini sebagai pedoman terhadap gerakan muda,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bukan sahaja satu resolusi tersebut tetapi SAMM mengajak semua penggerak organisasi anak muda agar dapat sama mengangkat semua resolusi terbabit, juga sama mendesak pihak berkenaan untuk merialisasikannya demi kebaikan rakyat terbanyak khususnya massa muda.

“Seperti mana Pakatan Rakyat yang telah mengeluarkan Buku Jingga dengan janji 100 hari jika diberi mandat, oleh kerana cadangan ini baik dan amat menarik, maka Perdana Menteri Malaysia sendiri telah meniru beberapa aspek dalam buku Jingga dalam beberapa tindakan dan pengumumannya mutakhir ini,” katanya.

Apapun ia baik untuk rakyat, ujarnya tindakan Perdana Menteri itu memperakui Buku Jingga merupakan tawaran yang baik dan tidak mampu ditolak.

Justeru, ujarnya SAMM mengajak semua massa muda untuk bersama dalam usaha menyusun gerakan muda.

“Kami mahu menyebarkan radikalisma SAMM di hati massa muda. Massa muda yang khususnya golongan pekerja bawahan sedang dihimpit teruk dengan kos sara hidup yang semakin menjerut.

“Kebangkitan proletariat muda harus disusun untuk menjatuhkan regim yang semakin tidak tahu mendengar suara rakyat,” ujarnya.

~harakah~

Murujib Tunduk Dengan Chua Soi Sex

Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghapusan kuota ekonomi?

Berucap pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini semalam, Najib memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing.

Beliau berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan ‘kita harus menggalakan hak Bumiputera’.

Sementara itu, Soi Lek meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya.

Ini kerana, jelasnya dalam perniagaan di kebanyakan sektor seperti pembinaan, peniaga bumiputera lebih banyak mendapat kelebihan berbanding bukan bumiputera.

Katanya, perkembangan itu tidak sihat dan memerlukan perhatian serius daripada kerajaan kerana jika ia berterusan, peniaga bumiputera tidak akan mampu disaingi oleh pihak lain yang lebih layak.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Ogos tahun lalu.

~harakah~

UMporNO Khianati Melayu Dengan Kuota Bumiputera

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat yang mahu menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka.

“Penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor kepada Harakahdaily.

Katanya, jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus sahaja.

Menurutnya, rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuiti Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.

Katanya, demi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) Kuota Bumiputera dimangsakan, sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya.

Tambahnya, kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa Perdana Menteri dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.

“Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan projek-projek khas oleh agensi Kerajaan,” ujarnya lagi.

Justeru, tegasnya DPPM menyeru agar rakyat dan NGO khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar itu.

“Jangan biarkan Presiden Umno sekarang menggadai kepentingan Melayu demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan kroni-kroni beliau,” katanya.

Sehubungan itu, tegasnya rakyat wajib menolak Umno BN dalam pilihan raya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat.

~harakah~

Tuesday, September 27, 2011

UMporNO Pengkhianat Bangsa Melayu

Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad menjawab isu Mismah yang mendapat status penduduk tetap kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat juga memohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011.

“Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen? Apakah beliau layak untuk menjadi warganegara?” soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen (PR) di negara kita.

Kenyataan beliau adalah seperti berikut:

''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini.”

“Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR”.

“Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia.”

Justeru, Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut : http://www.pinoy-abroad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf

Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahawa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki entry permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun.

Kumpulan yang berkelayakan untuk mendapat entry permit adalah seperti kumpulan profesional, anak kumpulan profesional di bawah enam tahun, isteri kumpulan profesional, mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara, anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun dan kes-kes khas.

Kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang disiarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian.

Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47, berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia.

Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi, 51, juga mendapat status Penduduk Tetap.

Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR.

Menurut Suhaizan, ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR.

“Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR,” katanya.

Pemuda PAS, tambahnya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu Mismah bukan seorang profesional, suami Mismah bukan seorang warganegara, suami Mismah bukan seorang profesional dan Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara ini.

“Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda PAS sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Beliau berkata, pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara.

Tegasnya, Pemuda PAS akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihan raya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos.

~harakah~

Zahid Tolak Hudud kerana Takut Kepada "pelakon PORNO"

Hudud not suitable, says Ahmad Zahid

BAGAN DATOH: The nation's multi-cultural setting makes it unsuitable for hudud law to be implemented here, Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said.

He added that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had agreed that it was not suitable to implement it.

“As Muslims, we believe in hudud. But our plurality makes it unsuitable for the laws to be implemented,” he said after launching the Kita Anak 1Malaysia Carnival here.

In PETALING JAYA, Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said Pakatan Rakyat should already know that implementing hudud law goes against the Federal Constitution and the Police Act.

He said 10 years ago, the then Terengganu mentri besar Datuk Seri Abdul Hadi Awang wanted to implement hudud law in the state, but his plan was rejected by the Federal Government.

“The Government ruled that hudud law is against the Federal Constitution and the Criminal Procedure Code. Therefore, I am baffled that Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat is bringing this issue up again,” Dr Koh said after opening the Selangor Gerakan state delegates' assembly yesterday.

In KUALA TERENGGANU, Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Said said PAS and DAP would never leave Pakatan despite their disagreement on hudud.

He said the whole controversy regarding hudud law was nothing but a political gimmick as PAS knew state enactments would always be superceded by Parliament.

“The parties within Pakatan will not leave the coalition as they are using each other to fish for votes.

“Even Abdul Hadi once claimed hudud was not that important when PAS was in power in Terengganu,” he said after presenting e-books to primary school pupils here yesterday.

Alasan yang digunakan oleh Ahmad Zahid Hamidi adalah kononnya hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Alasan sebenar adalah kerana MCA dan Gerakan tidak memberi PERKENAN mereka. Alasan "TIDAK SESUAI" yg digunakan Zahid Hamidi tidak berasas sama sekali. Ia terlalu umum dan tidak berpaksi kepada realiti semasa.

Zahid secara otomatik mengatakan ilmu Allah SWT terhad pada zaman Nabi SAW. Allah SWT tidak tahu suasana Malaysia sekarang pada masa ini sewaktu hukum hudud ini diturunkan kepada NAbi SAW.

Hakikatnya UMNO/Najib lebih tunduk kehendak PELAKON PORNO berbanding dengan kehandak Allah SWT.

Zahid sanggup menghina Allah SWT demi kehendak seorang pelakon porno.

Itulah UMNO. Sebuah parti yang membenci hukum Allah dan mengagungkan pelakon porno.


~sahabat~

MahaFiraun PUKIMAK Tokoh Tolak Hudud

Jelaslah selama ini UMNO tunduk pada MCA (dan MIC) dan menolak hukum Allah. UMNO letak MCA dan MIC lebih tinggi dari kehendak Allah SWT. UMNO sanggup humban hukum Allah SWT semata-mata mahu melihat MCA dan MIC gembira.

Tidak hairanlah kerana selama UMNO wujud pun yang memberi wang kepada UMNO untuk beroperasi adalah MCA. Jadi, apabila MCA berkata mereka tidak mahu hukum Allah SWT, maka UMNO tunduk patuh.

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih

Namun, pemimpin2 UMNO seperti Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty secara azali MEMBENCI HUKUM ALLAH. Maksudnya, MCA tak perlu minta, Dr Mahathir secara sukarela akan pastikan hukum Allah SWT dihinjak dan dihina di Malaysia.

Dr Mahathir membenci Islam lebih dari dia benci Yahudi. Dr Mahathir boleh berkawan dengan Yitzhak Rabin dan boleh pastikan hukum Islam tidak dilaksana di Kelantan.

~sahabat~

UMporNO Berani Pinda Perlembagaan?

Pemuda PAS daripada dua negeri Pakatan Rakyat menyokong penuh kenyataan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menggesa kerajaan meminda perlembagaan bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Dewan Pemuda PAS Selangor dan Kelantan berharap Khairy dapat meneruskan desakan "menongkah arus" itu di peringkat partinya dan kerajaan.

Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzuan berkata, pihaknya mengucapkan tahniah atas keberanian Khairy, yang berbeza dengan pemimpin lain dalam parti Melayu itu, termasuk Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Bagaimananapun, dengan nada berbeza, Hasbullah berharap perjuangan itu tidak separuh jalan dan menggunakan seluruh ruang
untuk memastikan pindaan itu terlaksana.

"Jangan hanya pandai bercakap dan beretorik di dada akhbar untuk menjuarai isu hudud tetapi menjadi pemuda yang bacul dan pengecut apabila ditekan dan diancam ugut oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN yang lainnya.

"Pergerakan Pemuda Umno perlu bangkit menyokong dan mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda mereka dengan mendesak Kerajaan supaya melaksanakan pindaan tersebut dan tidak mempedulikan ancaman dan ugutan daripada parti sekutu BN yang lain," katanya.

'Komoditi politik'

Mingguan Malaysia semalam memuatkan reaksi pemimpin Umno berhubung isu itu dengan judul "Hudud: Hanya mainan politik PAS", yang memetik Khairy sebagai berkata:

"Pemuda Umno tidak sanggup melihat PAS terus menjadikan isu hudud sebagai komoditi politik. Kerajaan Pusat perlu meminda perlembagaan bagi membenarkan PAS melaksanakannnya di Kelantan."

Pandangan itu dilihat agak berbeza dengan nada empat lagi pemimpin Umno yang dibariskan sama, iaitu Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam, Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Ketua Penerangan PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan Khairy mempamerkan sikap terbuka dan berani berbanding pemimpin lain dalam Umno.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau juga perlu meneruskan desakan itu supaya kerajaan tidak tunduk dengan mudah kepada "ugutan" MCA dan Gerakan yang sanggup berpisah dengan Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam.

~MK~

PKR-PAS-DAP Kekal Dalam Pakatan Rakyat

Dakwaan yang mengatakan sebahagian pemimpin terutama dari DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya PAS dengan persetujuan PKR melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan meneruskan agenda penubuhan negara Islam di negara ini, tidak berbangkit.

Sebaliknya, perkara itu sengaja dicetuskan oleh Umno dan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia untuk mencetuskan perselisihan dalam Pakatan Rakyat bagi kepentingan politik mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, para pemimpin Pakatan Rakyat cukup sedar perkara itu dan sehubungan itu mereka akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu pada 28 September ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut beliau, hukum hudud, qisas dan taqzir seharusnya difahami oleh semua pihak, tetapi banyak pihak yang tidak memahaminya dengan mendalam.

Katanya, isu mengenai hukum hudud merupakan sesuatu yang sensitif dan ia amat mudah menimbulkan salah faham kepada phak tertentu.

"Kami dah putuskan untuk bincang perkara ini pada 28 September ini bermula jam 8.30 hingga 12.00 malam. Selepas itu, kami dari PAS, PKR dan DAP dari Pakatan Rakyat akan mengeluarkan kenyataan bersama mengenai perkara itu," katanya pada sidang media itu.

Sehubungan itu, ketiga-tiga mereka meminta semua pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat tidak membuat apa-apa ulasan mengenainya sehinggalah pendirian bersama dicapai 28 September ini.

Katanya, Umno BN bercakap mengenai isu itu sebagai suatu jalan bagi mencetuskan perselisihan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak akan mengikut agenda mereka.

"Pada mesyuarat 28 September ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang kini berada di luar negara akan turut hadir.

"Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan Baget 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri nanti, tetapi untuk perbincangan awalnya akan membincangkan perkara ini," katanya.

Menyentuh tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan mengenai Kanun Jenayah Syariah Kelantan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, beliau menegaskan, kenyataan Nik Aziz itu adalah dalam konteks negeri Kelantan.

Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada tahun 1993, manakala ketika PAS memerintah Terengganu turut diluluskan Kanun Jenayah Syariah Terengganu pada persidangan Dun Terengganu pada tahun 1999.

"Kedah sekarang tak buat sebab untuk meluluskan Kanun Jenayah Syariah itu demokratik, iaitu mestilah diluluskan pada persidangan Dun," katanya.

Untuk melaksanakan hukum hudud, jelasnya, memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan disebabkan perkara itulah Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu kerana dihalang oleh Mahathir.

"Disebabkan Tun Dr Mahathir kata jangan buat, Kerajaan PAS Kelantan tak bolehlah laksanakan hukum hudud takut Tun Dr Mahathir buat magran iaitu mematikan demokrasi di Kelantan. Tindakan Kerajaan PAS Kelantan itu sebenarnya adalah untuk menyelamatkan demokarsi di negeri itu atau di negara ini," tegasnya.

~harakah~

MCA, Gerakan dicabar keluar BN

Parti MCA dan Gerakan dicabar keluar dari BN sekarang, ekoran kenyataan kedua-dua pemimpin utama parti itu untuk keluar dari BN sekiranya BN melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukuman hudud.

Kedua-dua parti itu dicabar keluar dari BN kerana Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi perlaksanaan hudud sememangnya telah digunakan di Terengganu sekarang.

Kanun Jenayah Syariah Terengganu itu telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika Terengganu berada di bawah pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 lalu, tetapi kini terus digunakan di Terengganu walaupun Terengganu berada di bawah pemerintahan BN.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan itu undang-undang Kanun Jenayah Syariah Terengganu yang digunakan oleh Kerajaan BN Terengganu sekarang adalah kanun jenayah syariah yang digubal oleh PAS.

Katanya, sekarang BN di Terengganu telah menggunakannya sejak BN merampas kembali Terengganu dari PAS dan MCA serta Gerakan perlu sedar perkara itu serta melaksanakan janjinya untuk keluar dari BN sekiranya BN berbuat demikian.

"Jadi kalau MCA dan Gerakan nak keluar dari BN, keluarlah sekarang kerana itulah Kanun Jenayah Syariah yang dilaksanakan oleh BN di Terengganu sekarang," katanya pada sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Anthony Loke di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

MCA dan Gerakan seperti yang dilaporkan media tempatan termasuk akhbar milik Umno beberapa hari lalu termasuk semalam mengatakan, pemimpin utama MCA dan Gerakan akan tetap menentang perlaksanaan hudud di negara ini dan sekiranya Umno atau BN melaksanakannya, kedua-dua parti itu akan keluar dari BN.

Menurut Saifuddin, para pemimpin kedua-dua parti itu kini perlu menyedari realiti yang berlaku di Terengganu sejak BN mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu dari PAS dan perlu melaksanakan apa yang dikatakan oleh mereka itu.

Realiti yang berlaku di Terengganu, tegas beliau, berbeza dengan Kelantan kerana Terengganu kini diperintah oleh BN setelah merampas tampuk pemerintahan Terengganu dari PAS, manakala Kelantan pula terus diperintah oleh PAS.

Para pemimpin MCA dan Gerakan tidak seharusnya bercakap kosong dalam hal itu, malah mereka perlu melaksanakan apa yang diperkatakan oleh mereka itu bagi mempertingkatkan imej mereka sendiri.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang sehubungan itu turut mengingatkan para pemimpin Umno BN bahawa hajat mereka untuk memporakperandakan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dengan mencetuskan isu hukum hudud dan agenda penubuhan negara Islam hanyalah sia-sia kerana ia diyakini tidak akan kesampaian.

Malah, kerjasama antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat kini jauh lebih utuh dan matang dari sehari ke sehari berbanding di peringkat awal penubuhan Pakatan Rakyat dulu.

"Asas kerjasama Pakatan Rakyat adalah rakyat didahulukan atau kepentingan rakyat yang diutamakan, di samping menghargai perbezaan pendapat antara parti-parti yang berada di dalamnya," katanya.

Serentak dengan itu, katanya, para pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokongnya akan terus berkerjasama bagi kerja-kerja pilihanraya dengan teratur, tanpa dapat diganggu gugat oleh para pemimpin Umno BN.

Manakala Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Anthony Loke pula berkata, isu mengenai perlaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu bukanlah isu baru dan ia telah lama difahami oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga wakil kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan juga wakil kepada DAP menjelaskan, para pemimpin Pakatan Rakyat sememangnya menghormati pendirian parti masing-masing.

Atas penghormatan itulah, para pemimpin Pakatan Rakyat berkerjasama dengan baik sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan, malah kini kerjasama itu semakin mantap dengan ketiga-tiga parti berfungsi dengan baik.

"Sekarang Tun Dr Mahathir tiba-tiba menjadi pengacau dan jurucakap kepada Umno untuk membangkitkan perkara itu. Tetapi dalam masa yang sama, semua orang faham Umno sebenarnya tak nak laksanakan hukum hudud. Apa yang dibangkitkan hanyalah untuk kepentingan politik mereka.

"Pada kami dari DAP dan Pakatan Rakyat, apa yang dibangkitkan itu sebenarnya tak timbul kerana ia merupakan isu yang dah lama, tambahan pula ia tidak dinyatakan di dalam Buku Jingga.

"Kalau tak ada dalam Buku Jingga, itu bukanlah dasar Pakatan Rakyat. Para pemimpin Pakatan Rakyat cukup faham perkara itu, jadi tak perlulah Umno BN menimbulkan kembali isu itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.

~harakah~

Rosmah Mewah Tahap Barua

Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian.

“Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat,” demikian antara resolusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang telah mengadakan Rapat (Pengurusan) Kebangsaan yang menghimpunkan penyelaras kebangsaan dan negeri dari seluruh negara selama dua hari di Shah Alam yang berakhir semalam.

SAMM dalam satu kenyataan menyatakan rapat kali kedua ini berjaya mengumpulkan orang sumber dari pelbagai latar belakang dan penuh dengan sesi diskusi sehingga menghasilkan idea pelaksanaan praktikal.

Sempena rapat itu, SAMM telah mencapai 12 resolusi penting yang perlu diangkat.

SAMM ialah sebuah gerakan radikal muda bebas bukan 'front' mana mana parti politik tetapi sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik mahupun apa jua organisasi untuk menyelamatkan negara dari kerakusan pemerintah korup yang kedudukan indeks rasuahnya yang parah mengikut beberapa statistik badan dunia.

Demokrasi negara ini sedang 'tenat' apabila kadar kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya amat rendah, SAMM menyokong usaha telus penambah-baikkan sistem pilihan raya dan mendesak PRU WAJIB hanya boleh diadakan selepas proses penambahbaikan selesai.

Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMM melancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalam menyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.

SAMM meyakini pemansuhan ISA adalah kejayaan desakan rakyat dan perlu diteruskan terhadap undang-undang 'draconian' lain seperti AUKU. SAMM gesa rakyat jangan termakan gula-gula pengumuman. Undang-undang tidak boleh mansuh dengan pengumuman tetapi pemansuhan harus dilakukan di Parlimen. Selagi tidak dibawa ke parlimen pengumuman pemansuhan tidak bermakna dan tidak boleh dipercayai lagi.

Isu-isu yang menyentap sensitiviti agama dan perkauman serta permainan politik lucah yang tidak langsung menguntungkan rakyat harus segera dihentikan. Tumpuan sumber dan tenaga harus ditumpukan kepada bagaimana membantu rakyat yang semakin susah.

Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 manakala bagi Sabah, Sarawak pula 1963. Maka SAMM dengan tegas mengatakan semua organisasi dan individu yang berjuang melawan penjajah sebelum tarikh merdeka wajar diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

SAMM menegaskan semua keperluan asas rakyat seperti pembekalan eletrik,air,lebuhraya perlu dimiliknegarakan. Pendidikan serta perkhidmatan kesihatan percuma tidak boleh dikompromi. SAMM menggesa rakyat agar menjadikan ini sebagai agenda utama penilaian ketika PRU nanti.

Menyedari betapa pentingnya kesedaran dan kepedulian di kalangan anak muda, Rapat SAMM kali ini membuat keputusan SAMM harus punya sekolah politik dan jabatan penyelidikan bagi memantapkan pemahaman politik dan kesedaran hak warga dikalangan anak muda.

SAMM menentang keras pengkhianatan pemerintah terhadap kedaulatan negara yang mengagihkan taraf kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya.

SAMM juga menyeru supaya rakyat menolak SEMUA ahli politik atau kaum keluarganya yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan mengumpul kekayaan. Imej Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian. Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat.

Kenaikan harga barang semakin menghimpit, ini diparahkan lagi dengan kewujudan cukai terus kepada pengguna seperti GST/VAT. Adalah satu pembohongan sistem cukai terus kepada pelanggan belum dilaksanakan. SAMM menuntut pemerintah segera bertindak membatalkan sistem cukai yang menjerut leher rakyat. Sistem cukai ini memberi ruang selesa kepada korporat dengan mengalihkan cukai kepada peniaga besar kepada rakyat.

Negara semakin berada di bawah kawalan korporat besar. Indeks jenayah kononnya dikatakan turun, tetapi amat berbeza dengan realiti kerana setiap hari jenayah terus kepada rakyat seperti ragut, rompakan (rumah seumpamanya), bunuh, ugut semakin meningkat. Yang dikatakan turun hanyalah kerana diberi tumpuan kepada jenayah skala tinggi seperti rompakan bank dan seumpamanya. Ini memberi persepsi negara dikawal pemodal dan korporat besar. Indeks jenayah yang mempengaruhi turun indeks jenayah negara ialah jenayah besar yang jejas korporat besar, tetapi bagaimana dengan jenayah yang semakin menggila yang berlaku terus kepada rakyat.

SAMM mendapati negara ini bukan sekadar di ambang krisis tetapi sudah memasuki pintu krisis dan perlu diselamatkan segera.

SAMM melihat anak muda harus menjadi pelopor politik nilai. Dalam isu membela hak rakyat dan memberdaya anak muda, SAMM mengajak anak muda agar tidak kompromi, tidak ada istilah kedurjanaan yang harus dihalalkan untuk mencapai matlamat baik.

Untuk maksud resolusi, serentak dengan itu juga dirancang pelbagai aktiviti dengan pendekatan radikalisme muda.

Selamatkan negara.

~harakah~

Peranan APCO Naikkan Imej Murujib

PKR akan terus membongkar isu penggunaan wang rakyat bagi meningkatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelang pembentangan belanjawan 2012 Oktober depan.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai bayaran RM57 juta oleh kerajaan Malaysia kepada firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media, lapor Keadilan Daily.

“Kita menjangka akan ada perkembangan terbaru mengenai perkara ini menjelang Bajet 2012. Kita akan terus memantau isu ini secara dekat dan akan membuat pendedahan-pendedahan baru yang lebih sensasi,” kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, pendedahan tersebut berkisar mengenai kontrak antara FBC Media dan APCO Worldwide, syarikat perunding Israel yang turut terlibat dalam mempromosi imej Najib sebelum ini.

“Ini merupakan sumber yang diperolehi dari Parlimen. FBC Media lebih awal menggunakan khidmat Apco, berbanding kerajaan Malaysia dengan jumlah USD70,000.

“Kerajaan Malaysia kemudiannya membayar Apco sebanyak RM77 juta. Perkara ini didedahkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Parlimen,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

FBC Media, yang berpangkalan di United Kingdom dilantik kerajaan Malaysia untuk menerbitkan program TV berkaitan Malaysia, ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Program- program berkenaan kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC (Consumer News and Business Channel), CNN (Cable News Network) dan BBC (British Broadcasting Corporation).

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

“Perkara ini memalukan Malaysia dan menjatuhkan imej kerajaan. Mereka tuduh (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar bayar CNN untuk diwawancara dalam rancangan ‘Connect The World’ dan CNN nafikan.

“Sebaliknya yang terdedah ialah kerajaan Malaysia bayar kepada FBC Media untuk melobi agar Najib muncul di CNBC, CNN dan BBC. Ini menyalahi etika kewartawanan,” kata Saifuddin.

Sebelum ini, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor membelanjakan RM1.5 juta membeli dua muka penuh iklan dalam akhbar New York bagi mengalu-alukan lawatannya sendiri ke New York sebagai ‘Wanita Pertama Malaysia,”.

~harakah~

Monday, September 26, 2011

Jenis bas rapidKL ke yang Murujib naik?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu lalu. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli.

Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu. Bekas calon PAS di Beting Maro, Abang Ahmad Kerdi dalam twitternya menulis "Mau menitis air mata ni tengok gambar ni melaporkan 'PM naik bas menyelami KEPERITAN rakyat kebanyakan'

~harakah~

Thursday, September 22, 2011

Bendera Malaysia (yg asal) Diluluskan oleh King George VI

Dari nota sejarah, bendera Malaysia sebenarnya telah diperkanankan oleh Raja Inggeris bernama King George VI. (Kesah King George VI ini boleh ditonton dalam sebuah filem popular baru2 ini bertajuk King's Speech):

The design was approved by HM King George VI on 19/5/50, and the flag was first flown at a flag-raising ceremony held by the British High Commisisoner on 26/5/50 in the compound of the Sultan of Selangor's palace, attended by TH the Rulers of the Malay States and British officials.

Maka, apa salahnya sekiranya ada suara meminta bendera Malaysia ditukar kepada bendera lain. Canada, sebuah lagi koloni British, telah menukar bendera mereka. Sila lihat contoh di bawah:

BENDERA CANADA SEBELUM 1946

BENDERA CANADA SELEPAS 1946

Sudahlah bendera kita hanya menjadi bendera kita setelah mendapat perkenan dari Raja Inggeris, ia juga tidak jauh beza dengan bendera Amerika.

Malahan, pernah rombongan bantuan kemanusiaan Malaysia diserang di Iraq satu masa dahulu kerana disangka rombongan kita itu dari Amerika.

Maka, apa salahnya kita menukar bendera kita? Kalau Canada boleh lakukan, mengapa Malaysia tidak boleh.

Kalau baca sejarah Melayu, bendera asal kesultanan Melayu adalah bendera "Sang Saka Merah Putih". Seharusnya asas kepada bendera di Malaysia adalah bendera Sang Saka Merah Putih. Itupun kalau-kalau benarlah Malaya telah merdeka?

Isu bendera yang sedang dinaikkan oleh UMNO sekarang ini bertujuan untuk menutup sikap UMNO yang sebenar, yakni sebagai pencacai penjajah Inggeris.

~Tulang Besi~

Bendera Malaysia 1826-1946

 Bendera Malaysia 1950-1963

Bendera Malaysia 1963 hingga sekarang

Air Mani Saiful Dijumpai Dalam Jubor Saiful

Mengikut laporan Malaysiakini yg terbaru:

10.54am: McDonald says that on the B9 swab there is an unidentified person's profile which was not reported.

"It does not belong to Saiful or Male Y."http://www.blogger.com/img/blank.gif

11am: Yusof asks how Saiful's sperm was found in his own anus.

11.02am: Yusof says if there was a rape victim and sodomy took place after that, you will also have the DNA of the victim from the act of sodomy. How is this possible in Saiful's case as he is a male?

McDonald says he saw it in the results given by Seah. Saiful's DNA was in there.

11.05am: Yusof asks for short break.

TERJEMAHAN: 10:52am: McDonald berkata sampel B9 menunjukkan ada seorang yang tidak dilaporkan. Ia bukan milik Saiful ataupun Lelaki Y

11am: Yusof bertanya bagaimana air mani Saiful boleh dijumpai di dalam jubor Saiful?

11:02am: Yusof bertanya lagi kalau ada berlaku liwat atau rogol selepas itu, bukankah akan wujud DNA mangsa rogol dan liwat. Bagaimanakah ini boleh berlaku memandangkan Saiful ini seorang lelaki?

Dr Mcdonald mengatakan kewujudan airmani/Saiful ini bedasarkan laporan Dr Seah sendiri (DR Seah adalah ahli kimia kerajaan)

1105am : Yusof (pendakwaraya) meminta penangguhan

Dengan kata lain, laporan ahli kimia kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sendiri menunjukkan wujudnya air mani Saiful dalam jubor Saiful.

Dan, Saiful sendiri memberitahu doktor di Pusrawi bahawa beliau telah memasukkan benda keras di dalam jubor beliau.

~Tulang Besi~

DNA Lelaki Y tidak Datang Dari Air Mani

Serangan UMNO selama ini adalah kononnya ada air mani dlm jubor Saiful. Pakar DNA Australia, Dr Brian McDonalds, menyatakan DNA Lelaki Y( Anwar) itu datang bukan dari air mani. Ia datang dari sumber yang tidak diketahui.

Mengikut Dr McDonald mengatakan tuduhan air mani itu milik Anwar adalah "TEKAAN" semata-mata. Tidak lebih dari itu.

Pakar: Ahli kimia 'sembunyi' maklumat DNA ketiga

Hafiz Yatim, Sep 19, 11, 1:31pm

Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.

NONETumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.

Ram Karpal, yang menyoal balas berkata demikian berikutan penemuan 18 allele yang menunjukkan kemungkinan kehadiran orang ketiga.

Katanya, keraguan timbul tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari.

dr brian mcdonald sodomy llPakar DNA Australia Dr Brian McDonald (kanan) berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon - tidak sepatutnya mengabaikan pencemaran berkenaan.

"Mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut untuk memperkuatkan penemuan tentang 18 allele itu," kata McDonald.

Katanya, berdasarkan laporan pakar kimia tempatan itu, mereka telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.

Namun Dr McDonald berkata Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan 'lelaki Y'.

"Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," katanya.

Apabila ditanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengapa ini adalah perlu, Dr McDonald menjawab kerana lebih banyak ujian diperlukan bagi mengenal pasti milik siapa DNA itu (pada 18 allele).

NONE"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan mengapa ujian lanjut tidak dilakukan."

Justeru katanya lagi, pakar kimia tempatan itu telah mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing.

"Dia tidak boleh mengatakan ia milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," katanya lagi.

Sunday, September 18, 2011

PapaGomoL Sulitkan UMporNO Isu Skandal Seks Anwar

Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011.

Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya, rakaman "eksklusif" yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.

Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut.

Bagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan. Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah.
Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah. Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu.

~MK~

Saturday, September 17, 2011

MahaFiraun Sahkan Pemimpin Awal UMNO Adalah Barua British

Dr Mahathir dilaporkan berkata:

"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.

"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah.

Ertinya, apabila British boleh memberi arahan kepada Raja-Raja Melayu dan arahan tersebut terpaksa dipatuhi, ertinya KITA TELAH TERJAJAH.

Mengikut sejarah, pemimpin2 UMNO seperti Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein, Kapten Hussein Onn dsbnya menjadi PEGAWAI2 KERAJAAN NEGERI yang mana pentadbiran kerajaan2 negeri ini kesemuanya mengikut telunjuk British.

Maka, pemimpin2 awal UMNO kesemuanya boleh dikategori sebagai "BARUA BRITISH". Ini disahkan sendiri oleh Dr Mahathir Mohammad.

Juga, sekiranya kita mahu mengikut pendapat Dr. Zainal Kling dan Prof Khoo Kay Kim, maka wajiblah kita membatalkan sama sekali sambutan MERDEKA setiap 31 Ogos. Pengecualian boleh diberikan kepada negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura kerana mereka2 ini adalah dikenali sebagai "Negeri-Negeri Selat"

Apa pun, kita telah ditipu. Orang2 yang dilatih, dibela dan dijaga oleh British telah ditabal sebagai hero kemerdekaan. PAdahal, pemimpin2 awal UMNO tidak pernah mengangkat satu jari pun menentang British sebelum Merdeka. Apatah lagi untuk menentang British bagi mendapat kemerdekaan.

Hakikatnya, rakyat Malaysia telah tertipu selama ini. Kita telah dinafikan maklumat sebenar siapa hero2 kemerdekaan kita.

~Tulang Besi~

Siapa Jawab SPM Sejarah Malaysia Dijajah Dikira Gagal Ke?

Pemuda PAS membuat laopran polis terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berhubung kenyataannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, laporan itu dibuat pada jam 2.30 tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi oleh setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Menurut salinan repot yang dihantar kepada media, Pemuda PAS mendakwa kenyataan itu mengganggu-gugat kestabilan dan mengelirukan masyarakat yang sekian lama diajar bahawa British penjajah.

"Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain," laporan itu dipetik.

Kenyataan ini juga sekali gus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain.

Pemuda PAS juga mengesyaki terdapat agenda tersembunyi yang dirancang pihak tertentu di sebalik kenyataan itu, bertujuan menggugat keharmonian dan mewujudkan kegusaran masyarakat bagi mengalih perhatian terhadap isu-isu lain, tambah pengadu.

Sayap kanan PAS itu menuntut Dr Zainal disiasat dan didakwa di mahkamah kerana didakwa jelas melakukan kesalahan bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Seskyen itu meliputi kesalahan mengeluarkan kenyataan atau berita menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong dan/atau mengapikan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

~MK~

Balai Polis Bukit Kepong Tidak Diserang oleh PKM

Benar. Ini kerana Parti Komunis Malaya bukanlah sebuah pasukan tentera. Mereka adalah sebuah parti politik.

Adapun Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh pasukan dari "Tentera Pembebasan Nasional Malaya"(TPNM)

TPNM sememangnya ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Namun, apa yang penting adalah syarat penyertaan TPNM tidak memestikan ahli pasukan ini menjadi ahli Parti Komunis Malaya.

Dengan kata lain, tidak semestinya mereka yang berjuang di dlaam TPNM ini adalah ahli Parti Komunis Malaya.

Ia sama seperti perjuangan menentang pendudukan tentera Jepun di Malaya oleh MPAJA. MPAJA adalah tentera yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya. Namun, di dalam MPAJA ini digabungkan sesiapa sahaja dari berbagai bangsa untuk menentang British.

Maka, benarlah kata-kata Abang Mat Sabu serta adik kepada Mat Indera.

Bahawasanya, Mat Indera tidak pernah menjadi komunis mahupun menjadi ahli Parti Komunis Malaya.

Adapun yang disertai oleh Mat Indera adalah "Tentera Pembebasan Nasional Malaya"(TPNM) yang menggabungkan sesiapa sahaja yang membenci British atau mahu menghalau British dari tanah air Malaya ini.

Juga, syarat menyertai tentera ini tidak mewajibkan ahli-ahlinya mempercayai ideologi komunis.

Tidak dinafikan TPNM ini ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya. Namun, tidak boleh juga dikatakan setiap orang yang menyertai TPNM itu adalah mereka yang berideologi komunis.

Ini lah yang tidak difahami oleh ahli2 sejarah boneka UMNO ataupun mereka-mereka yang kononnya mahu mempertahankan propaganda UMNO.

Tulang Besi juga hairan. Mengapa Balai Polis Bukit Kepong itu dipertahankan oleh UMNO? Bukankah Balai Polis itu milik kerajaan British? Bendera yang berkibar di balai polis tersebut pada masa ianya diserang adalah bendera British (Union Jack), bukan bendera Johor atau bendera MAlaysia ataupun bendera Sang Saka Merah Putih.

Ertinya, Balai Polis Bukit Kepong pada masa itu adalah sebahagian dari pos tentera British. Maka, ketaatan mereka yang didalam balai itu adalah kepada King George VI.

Kita mengasihani anggota polis yang terkorban sewaktu peristiwa itu. Mereka tidak lain dari korban kekejaman British yang menggunakan anak-anak Melayu untuk mempertahankan kepentingan mereka di Malaya.

Tetapi, kita tidak boleh nafikan bahawa Balai Polis tersebut adalah milik kerajaan British dan bukannnya kerajaan Tanah Melayu, Malaya ataupun milik Baginda Sultan Johor.

Tulang Besi juga menasihatkan mereka yang beriye2 membuat deklarasi Bukit Kepong baru-baru ini supaya mengibarkan bendera Union Jack sewaktu membuat deklarasi tersebut. Jangan cuba mengubah sejarah dan mendakwa polis di Bukit Kepong adalah hero. Melayu2 yang terbunuh itu adalah mangsa bukan hero.

~Tulang Besi~

Thursday, September 15, 2011

Fakta MENGEJUTKAN Disebalik Serangan Bukit Kepong

RAYMOND DANCEY Ketua Balai Polis Bukit Kepong

Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung.

Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British.

Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.

Fakta penting yang harus anda tahu ialah, kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah Melayu ketika itu adalah daripada tentera British. Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza.

Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948.

Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan.

Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja - seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka - Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.

Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey - seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ.

Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut.

Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib - rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis.

Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.

Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.

Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis.

Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka.

Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.
Yusof Rono MM 7645
Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan".

Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan pada tahun 1970an dengan berkata 'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'.

Tragedi Bukit Kepong ini telah dijadikan modal sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera yang kononnya seorang pemimpin Komunis dan menentang kerajaan British. British telah menaikkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan.

Sebelum peristiwa Bukit Kepong, tawaran hadiah terhadap tangkapan beliau adalah $25,000 jika hidup-hidup, dan $10,000 jika mati.. Sehinggalah akhirnya Mat Indera berjaya diperdaya rakan baiknya Mat Tukyo untuk menghadiri kenduri di rumah Wak Bladang...

~pulakdah~

Cik Din Hadiri Makan Malam Anjuran Parti Komunis China

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kehadirannya pada satu majlis makan malam yang diadakan bersama Parti Komunis China sebagai satu pertemuan dengan rakan perdagangan utama Malaysia, yang tidak harus dikaitkan dengan isu Mohamad Sabu.

Beliau menghadiri majlis makan malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China Sun Zhengcai di sebuah hotel.

“Hubungan diplomatik kita dengan China adalah yang terbaik buat masa sekarang dan yang kedua dari segi eksport global. Kita ada hubungan yang rapat dalam perdagangan dan industri, pelaburan. Saya tidak melihat isu sedemikian sebagai satu halangan.

“Hubungan antarabangsa adalah normal, bukan hanya bagi Malaysia. Negara-negara demokrasi yang lain seperti Amerika juga ada hubungan (dengan China) kerana hubungan antarabangsa boleh membawa manfaat yang besar, bukan kita menganuti ideologi mereka. Itu hak merekan, urusan negara mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan anugerah bagi program tawaran baru untuk guru besar dan pengetua di bawah Bidang Ekonomi Utama Kebangsaan (NKRA) sektor pendidikan di sini hari ini.

“Tiada apa-apa kaitan dengan isu itu (Mat Sabu). Hubungan negara kita dengan China adalah yang terbaik. Persoalan mengenai komen Mat Sabu adalah isu dalaman,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

Di sebalik kontroversi Mohamad menyentuh tragedi Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang bulan lalu dan serangan pemimpin-pemimpin Umno ke atasnya, PAS mendakwa parti teras Barisan Nasional itu bersikap hipokrit kerana mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China tetapi mendakwa mereka mengagung-agungkan komunis.

Selepas Anwar Giliran Mat Sabu Difitnah

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu menahu berhubung rakaman perbualan intim yang dimuat di internet dan diperkatakan di blog dan laman web pro-Umno yang mendakwa melibatkannya dan seorang wanita.

"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah dengar," katanya ringkas sambil tersenyum ketika diminta mengulas dakwaan terdapat rakaman antaranya dan wanita yang dikatakan Normah Abdul Halim.

Ditanya sama ada beliau mengenali wanita tersebut, Mohamad hanya menjawab beliau tidak beminat melihat rakaman sebegitu.

"Video (seks presiden MCA) Soi Lek pun saya tidak tengok.

"Saya video-video macam ini memang tidak pernah suka," katanya, sekali gus mengundang ketawa kecil pemberita.

Portal pro-BN Agendadaily pada 10 September melaporkan, bekas naib ketua Pemuda PKR Zahid Md Arip mengaku 'begitu teruja' mendengar dengan teliti detik-detik perbualan itu dan mendakwa ia "amat seiras dengan suara Mat Sabu".

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya.

Laporan itu menggambarkan "syahdunya" dan boleh menaikkan syahwat suara yang 'bercengkarama' dalam rakaman tersebut - yang didakwa dirakam semasa mereka jalin hubungan pada tahun 1994.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad yang hadir sama dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara itu menyampuk dengan berkata, isteri Mohamad juga bernama Normah.

“Apabila tak boleh lawan dasar (Pakatan Rakyat), ditimbulkan pula isu-isu sebegini,” katanya yang juga anggota parlimen Shah Alam.

~MK~

Mat Sabu Saman Utusan UMporNO Dan Cik Din

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam isu tokoh kontroversi Mat Indera. Peguam Hanipa Maidin berkata, writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua.

Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan tiga laporan Utusan pada 27 dan 28 Ogos yang didakwa memetiknya melabel Mat Indera sebagai komunis, menuduhnya sebagai "komunis sebenar dan didakwa "mengangkat kezaliman komunis sebagai kemuliaan".

Laporan muka depan pada 27 Ogos itu memetik ucapan Mohamad di Bukit Gelugor, Pulau Pinang manakala dua laporan sehari selepasnya memetik pemegang Pingat Jasa Malaysia Kanang Anak Langkau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

'Tuduhan politik' tidak disaman

Hanipa berkata, dalam writ saman yang difailkan, Utusan dituntut menarik balik penyiaran laporan itu, membuat permohonan maaf selama tiga hari di muka depan dan membayar gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi melampau, dengan kos kepada anak guamnya.

Jumlah saman tidak dinyatakan dan diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Katanya, walaupun Utusanmenjawab notis tuntutan yang dihantar anak guamnya sebelum ini, mereka mengambil keputusan meneruskan tindakan undang-undang kerana jawapan itu tidak menyatakan penarikan balik laporan dan pemohonan maaf akan dibuat.

"Atas keengganan itu, saya diarahkan anak guam saya meneruskan tindakan undang-undang," kata peguam PAS itu dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara Muhydin pula akan disaman kerana enggan membuat penjelasan walaupun diberikan peluang berdebat atau berdiolog dengan Mohamad berhubung isu berbangkit, kata Hanipa.

Sementara itu, Mohamad berkata, saman itu dibuat kerana tuduhan yang dibuat, termasuk mengelarnya sebagai "pengganas", "komunis" dan menyuruhnya "bertaubat dan bertakwa" boleh menyebabkan keselamatannya dan keluarga terjejas.

Katanya, ia tidak seperti "tuduhan politik" yang dibuat terhadapnya seperti gelaran bacul dan penakut yang boleh dijawab melalui media dan program penerangan PAS.

~MK~