REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, June 27, 2011

Alasan Bangang UMporNO Kata PSM Mahu Hidupkan Komunis

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan keras dakwaan kerajaan bahawa mereka mempunyai agenda untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Setiausahanya, S. Arutchelvan berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar adalah tidak berasas dan tidak masuk akal serta satu pembohongan bermotifkan politik dan sandiwara pihak kerajaan.

"PSM meminta kesemua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sehingga awal pagi ini, 35 aktivis PSM dan Suara rakyat Malaysia (Suaram) yang ditahan di Tol Sungai Dua sekitar pukul 3.30 petang kelmarin masih belum dibebaskan. Mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj dalam rangka lawatan ke Sungai Ara, Pulau Pinang untuk menghadiri kempen 'Udah Lah.. Bersaralah!!'

Menyifatkan dakwaan itu sebagai melucukan, Arutchelvan berkata, PSM ialah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ianya sudah diketahui umum.
"PSM berasa lucu bahawa pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan komunis dengan terjumpanya beberapa T-shirt dan barangan yang mempunyai imej pemimpin komunis.

"Untuk makluman polis, ini adalah skrip zaman perang dingin di mana hari ini semua bahan ini boleh didapati di pasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan.
"Selain itu, kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunis Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain," katanya.

Beliau turut mendakwa tangkapan itu adalah tindakan terancang pihak polis untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 dan cuba mewujukan suasana darurat bagi membolehkan tangkapan besar-besaran dilakukan.

"Pihak media Umno BN telah menghebohkan tohmahan dan pembohongan ini untuk menakutkan orang ramai menjelang perhimpunan Bersih 2.0.

"PSM menyokong penuh perhimpunan Bersih 2.0 walaupun kempen Udahlah...Bersaralah PSM tidak ada kena mengena dengan Bersih 2.0, tetapi pihak polis cuba mengaitkan dua aktiviti tersebut untuk menyekat perhimpunan Bersih 2.0," katanya.

Tindakan kontradik

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata penangkapan anggota PSM itu sangat bertentangan dengan pendirian kerajaan sebelum ini. Tegasnya, kerajaan sebelum ini telahpun memberikan pengampunan kepada beberapa pemimpin PKM malah menganugerahkan sejumlah ekar tanah kepada mereka.
"Ini sangat kontradik. Saya tidak tahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin, sedar atau tidak perkara ini.
"PAS menuntut supaya kesemua mereka dibebaskan dengan segera tanpa ada sebarang cas," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan mengaitkan dengan Komunis sebagai usaha untuk membenarkan Akta Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk menangkap pemimpin Bersih seperti Operasi Lalang pada tahun 1987.

Umno sebenarnya rasa diperangi

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula, mendakwa Umno yang sebenarnya rasa diperangi dan cuba mengalihkannya dengan mendakwa PSM cuba memerangi Agong. Umno dakwanya tidak senang dengan tindakan PSM yang menyebarkan maklumat tentang kepincangan pentadbiran negara kepada rakyat melalui kempen mereka "Udah lah...Bersaralah"

~harakah~

No comments: