REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, June 22, 2011

Utusan Meloya Kata TG Nik Aziz Sesat

Sebagai reaksi pertama terhadap pengharaman Utusan Malaysia oleh kerajaan Kelantan, tuduhan sesat telah diberikan kepada MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Malahan dalam kolumn Awang Selamat, Utusan Malaysia telah menyamakan Tok Guru dengan Ayah Pin.

Soalnya sekarang, adakah pihak di belakang Utusan Malaysia (Biro Politik UMNO) berani untuk mencabar "keislaman" Tok Guru Nik Aziz di Mahkamah Syariah? Ataupun mereka cuma berani bercakap di belakang nama samaran (Awang Selamat) dan kecut untuk berhadapan dan bersemuka dalam Mahkamah Syariah?

Sikap Biro Politik UMNO yang diketuai Dato Najib Tun Razak membuat tuduhan melulu seperti ini adalah amat dikesali.
Sudah lebih 40 tahun Tok Guru Nik Aziz berdakwah dan bersyarah mengenai Islam kepada rakyat Malaysia. Sepanjang tempoh yang panjang ini, tidak sekali pun Tok Guru pernah di dakwa atau dibicarakan di mana2 Mahkamah Syariah atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat.

Tiba-tiba akhbar Utusan Malaysia yang mengutuk serta mencaci hukum Qazaf dalam Al Quran dan Sunnah berani menuduh Tok Guru dengan tuduhan yang sebegitu jijik dan kotor.

Tunggulah balasan ke atas kamu, wahai Utusan Malaysia. Sekarang ini pun kita lihat penjualan harian Utusan Malaysia sedang merudum begitu teruk sekali. 50% dari keuntungan Utusan Malaysia adalah atas pengiklanan badan-badan kerajaan dan bukannya dari rakyat biasa.

Utusan Malaysia akan mendapat balasan dari Allah SWT.
~Tulang Besi~

No comments: