REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, June 24, 2011

Anak cabar Isa Samad berdialog isu pinjam RM6 bilion kepada KWSP

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dicabar untuk berdialog secara terbuka dengan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan Cawangan Lembah Klang (Anak Lembah Klang) bagi menjelaskan hal pinjaman RM6 bilion dan kerugian anak-anak syarikat Felda.

Anak Lembah Klang bersedia menyiapkan pentas terbuka untuk diadakan dialog tersebut dan Isa Samad diberikan tempoh tiga hari bagi menjawab kesediaannya untuk menyambut cabaran itu. Jika tidak, ia jelas menggambarkan ada 'masalah besar' yang dihadapi Felda hari ini di bawah kendalian Isa Samad dan beliau mesti bertanggungjawab dengan semua itu.

Naib Pengerusi Anak Lembah Klang, Mohd Nasaie Ismail berkata, kenyataan Isa Samad bahawa pinjaman Felda kepada KWSP sebanyak RM6 bilion bukanlah satu masalah dan ia merupakan penghormatan kepada Felda, jelas merupakan satu penghinaan kepada golongan peneroka, anak peneroka dan warga Felda.
Menurut beliau, jawapan tersebut menampakkan sikap Isa yang menganggap golongan peneroka, anak peneroka dan warga Felda seolah-olah buta maklumat sehingga sanggup ditipu oleh beliau.

"Masakan tidak ada sebarang masalah, kita membuat pinjaman dan pinjaman ini dalam jumlah yang besar hampir lima kali ganda daripada keuntungan tahunan Felda yang dihebahkan kepada kita.

"Kita juga pelik, mengapa Isa boleh katakan kerugian Felda bukanlah suatu masalah sebaliknya ia boleh diurus supaya kerugian itu menjadi baik. Mana ada kerugian dikira baik. Rugi sememangnya petanda buruk kepada agensi milik rakyat Malaysia ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Anak Lembah Klang, menurut beliau, mempersoalkan apakah tujuan dipinjam wang sehingga RM6 bilion dan mengapa perlu dipinjam daripada agensi yang lain?
"Persoalannya juga, apakah wujudnya kekurangan dana Felda atau benarkah dengan dakwaan wang dipinjam digunakan untuk belanjawan pilihanraya parti pemerintah? Ini yang perlu dijawab," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.
Jika begitulah cara berfikir Pengerusi Felda, tegasnya, tidak mustahil Felda akan bankrap di bawah pengurusan Isa Samad sebagaimana lingkupnya Negeri Sembilan dibawah beliau.
"Anak Lembah Klang juga menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Anak, Mazlan Aliman supaya tidak membalas kenyataan Isa itu kerana lavel pemikiran dan jawapannya cukup sekadar anak-anak peneroka seperti kami sahaja menjawabnya," ujar beliau.

~harakah~

No comments: