REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, June 24, 2011

Pakatan Sokong Bersih 2

Pakatan Rakyat hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini. Menurut mereka, usaha Bersih itu wajar dalam usaha memperbaiki dan membersihkan sistem pilihan raya di negara ini yang didakwa tempang.

“Justeru, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mendokong inisiatif Bersih mengadakan himpunan secara aman supaya rakyat disedarkan agar wujud perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini,” kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Pada sidang media sama, beliau turut menyelar sikap diam diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terhadap ancaman yang dikeluarkan pihak-pihak yang membantah usaha murni Bersih itu. Ianya termasuk ancaman dari pihak polis dan kumpulan pendesak Melayu, Perkasa yang mahu bertembung dengan pihak Bersih dengan membuat perhimpunan bantahan pada hari sama.

Beliau mendakwa sikap Najib itu membuktikan Perkasa dilindungi Umno BN untuk berhadapan dengan Bersih.

“Pentadbiran Najib memperalatkan suara golongan esktrem yang bertugas bagi pihak Umno untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih.

“Ini adalah keterlaluan kerana Najib mengambil pendirian berdiam dan tidak menegur ugutan yang dibuat Polis, Menteri Dalam Negeri dan Perkasa. Jelas ini adalah permainan Umno untuk menakutkan orang ramai,” katanya.
Turut diselar termasuklah ugutan bunuh terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk wartawan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mahfuz pula mendakwa tindakan kerajaan membiarkan ancaman terhadap Bersih itu menyebabkan ketakutan di kalangan pelabur.

"Saya anggap perbuatan kerajaan dan media arus perdana melakukan provokasi menakutkan orang ramai sebagai mensabotaj ekonomi negara," katanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa trend ancaman itu serupa dengan keadaan pada tahun 1987 yang kemudiannya membawa kepada penangkapan pemimpin pembangkang dalam Operasi Lalang.

~harakah~

No comments: