Dewan Pemuda PAS Pusat ingin menyingkap kembali pembelian dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 2008 yang menelan belanja RM3 juta.
Naib ketuanya, Raja Ahmad al-Hiss berkata, dakwat itu tidak digunakan dengan pelbagai alasan sama ada daripada pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) atau daripada pihak SPR yang mengatakan bahawa Kabinet tidak bersetuju penggunaan dakwat kekal tersebut dan pihak SPR berkuasa untuk tidak meneruskan penggunaan dakwat kekal tersebut walaupun telah membelinya.
“Persoalan yang ada ketika itu, siapakah telah menipu di dalam perkara ini?” soalnya.
Katanya, jika pihak kerajaan mengatakan bahawa pihak yang berkuasa menjalankan sistem pilihan raya di dalam negara kita, ini bermakna dalam rekod bahawa SPR pernah menipu rakyat ketika itu.
Beliau berkata, adakah dengan membatalkan Himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai ini bahawa semua tuntutan Bersih akan ditunaikan dan tiada penipuan akan berlaku lagi.
Soalnya lagi, adakah janji SPR tersebut boleh diterima pakai oleh rakyat kerana rekod sedia ada SPR pernah tercalar berikutan menafikan hak rakyat dan membazir wang rakyat.
“Kami ragu akan keikhlasan SPR kerana perilaku mereka hanya ingin memastikan BN terus berkuasa dengan cara kotor dan jelas apa yang berlaku di negeri Perak telah mencalar demokrasi dalam negara kita,” katanya.
Beliau menambah, ini sudah tentu rakyat kurang yakin akan kredibiliti SPR yang menggambarkan terlalu banyak keraguan yang masih tidak meyakinkan rakyat untuk menerimanya.
~harakah~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment