Suaram mengecam tindakan pihak polis yang sekian hari menyalahgunakan kuasa dengan menangkap orang yang memakai baju kuning kemeja T ‘Bersih’.
“Kami berpendapat bahawa polis telah menyalahgunakan kuasa sehingga melakukan tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjaminkan kebebasan bersuara rakyat,” kata Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung kepada Harakahdaily.
Sejak 24 Jun lalu, katanya polis telah membuat beberapa penangkapan dan mengganggu ceramah Bersih di sekitar Selangor termasuk Shah Alam ,Gombak dan Kapar, Penang dan Johor serta menangkap aktivis yang menyokong perhimpunan Besih.
Menurutnya, antara jumlah aktivis yang pernah dan masih ditangkap kira-kira 70 orang.
“Kami tidak menerima alasan polis bahawa perhimpunan Bersih akan mengganggu keamanan masyarakat.
“Tindakan polis sekian hari ini adalah tidak profesional dan langsung tidak beretika,” katanya.
Menurutnya, polis tidak berkuasa mengeluarkan permit perhimpunan kerana ia adalah hak asasi semua rakyat Malaysia.
Selain itu, ujarnya polis langsung tidak berkuasa untuk menangkap sesiapa disebabkan memakai baju kuning ‘Bersih’.
Ia, katanya merupakan satu tindakan penyalahgunaan kuasa untuk menakutkan orang awam kerana kebebasan bersuara rakyat telah dijamin bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Kami menuntut polis berhenti menjadi ‘alat mainan’ kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Tambahnya, kredibiliti dan maruah polis akan jatuh di kalangan masyarakat dan masyarakat akan menolak penguatkuasa yang tidak berorientasi rakyat.
Secara jelasnya, kata beliau kerajaan yang sanggup menggunakan institusi-institusinya untuk menindas rakyat supaya ia dapat kekalkan kuasanya, tidak akan kekal lama disebabkan rakyatnya yang cekal dan tidak mudah terpengaruh.
“Kami menuntut polis membebaskan semua aktivis yang ditahan dengan segera dan semua polis yang terlibat perlu diambil tindakan atas sebab penyalahgunaan kuasa,” ujarnya.
Katanya, kempen ‘Bersih’ yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas adalah kempen dianjurkan oleh rakyat dan ia meupakan suara dan tuntutan rakyat.
Beliau menambah, pihaknya percaya rakyat akan meneruskan perjuangan untuk sistem demokrasi yang adil dan bebas.
Jelasnya, Universal Deklarasi Hak Asasi Manusia (UDHR) dan Perlembagaan Persekutuan telah menjaminkan himpunan Bersih perlu dijalankan secara aman.
~harakah~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment