REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, June 24, 2011

BERSIH 2 Tetap Diteruskan Walaupun Ada Ugutan Bunuh

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan beserta empat yang lain membuat laporan polis di Balai Polis Travers dekat sini berikutan menerima ugutan bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Laporan polis dibuat jam 12.00 tengah hari semalam.

Antara individu lain yang turut menerima SMS itu ialah ahli majlis pimpinan pusat PKR Latheefah Koya, Timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta dua daripada ahli jawatankuasa Bersih iaitu Maria Chin Abdullah dan Wong Chin Huat.

Sedikit kekecohan berlaku polis cuba menghalang wartawan dan orang ramai daripada masuk ke kawasan balai untuk bertemu Ambiga. Selepas setengah jam dari kekecohan tersebut Ambiga dan empat yang lain keluar dari balai untuk bertemu dengan media.

Sebelum itu, Khairul Anwar juga turut dihalang masuk apabila beliau keluar mengambil baju Bersih.
Bagaimanapun selepas berbincang, beliau dibenarkan masuk. Dalam pada itu, pada sidang medianya, Ambiga mahu pihak polis menjalankan siasatan dengan segera.

Ditanya mengenai pandangan beliau mengenai ugutan bunuh ini, beliau berkata tindakan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pihaknya daripada mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Ini kerja daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak suka akan perhimpunan amam yang kami akan lakukan.

"Walaupun ancaman bunuh yang diterima, pihak kami akan tetap mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 ini dan berharap ramai orang akan hadir menyokong dalam perhimpunan itu nanti." katanya

Sementara itu, menurut Latheefah yang juga Penasihat Lawyers For Liberty (LFL) mendakwa kelima-lima antara mereka menerima SMS ugutan yang sama.

SMS diterima seperti berikut: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Katanya, ia berkemungkinan sebagai gangguan terhadap usaha pihak LFL menganjurkan bengkel Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis semepena perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 julai ini.

~harakah~

No comments: