REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, June 27, 2011

Kenapa UMporNO takut sangat kepada Bersih?

"Kalau pilihan raya bersih, tidak perlu cabar untuk kami menyertai pilihan raya tetapi soalannya sekarang adalah pilihan raya tidak bersih," kata Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Aruchelvan.
Dua hari lepas beliau bersama Presiden PSM, Dr Jeyakumar Devaraj serta 30 lagi penyokong mereka ditahan polis atas tuduhan cuba menghidupkan perjuangan parti komunis yang diharamkan.

"Ini taktik lama, carilah taktik baru," kata Aru mengulas alasan polis yang cuba menghidupkan sostalgia kebencian terhadap komunis.

Aru mengulas tindakan polis serta cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mencabar penganjur Bersih 2.0 agar menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya bukannya berhimpun di Kuala Lumpur 9 Julai ini.

Bagi Aru, tindakan BN yang mengerah segala NGO dan alatnya bagi menakutkan orang ramai dari menyertai perhimpunan 9 Julai ini melambangkan satu ketakutan yang amat sangat.

Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan provokasi Mahaguru Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omar Din Mauju yang berkata, beliau sendiri akan mengetuai pasukan silat lincah walaupun berkerusi roda bagi menentang apa yang Utusan sifatkan sebagai perhimpunan haram Bersih.

"Semua ini hanya lambang ketakutan kerana Najib tau semua kenyataannya sebelum ini bahawa pembangkang sudah hilang sokongan dan sebagainya akan terbukti salah apabila ramai orang berhimpun 9 Julai ini," kata Aruchelvan yang sentiasa menjadi penggerak utama mana-mana perhimpunan aman menuntut kebaikan untuk negara.

Menurut beliau, ekoran dari itulah bergeraknya segala kempen untuk memburuk-burukkan Bersih sekarang ini termasuklah usaha mengaitkan beliau dan PSM dengan komunis. Sebelum beliau dan rakan-rakannya, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Srevanesen juga mendapat serangan yang sama.

Akhbar Umno, Utusan menjadikan Ambiga sebagai sasaran pembunuhan karektor apabila akhbar itu melebelkan Ambiga dengan pelbagai imej buruk. Selain memburukkan peneraju Bersih, amaran tindakan undang-undang dan ISA juga dikenakan ke atas semua pihak yang terlibat dengan perhimpunan kali ini.

Sabtu lepas, KDN telah memanggil 100 NGO yang antara lain membincangkan tentang perhimpunan Bersih.

~harakah~

No comments: