REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, June 22, 2011

BERSIH Dan Masa Depan Rakyat Malaysia

Kehangatan media dan perbualan rakyat berkaitan himpunan BERSIH pada 9 Julai ini semakin memuncak. Pelbagai kemungkinan akan berlaku pada tarikh tersebut. Ada yang menyokong dan menentangnya, kesemuanya ada hujah dan pandangan tersendiri. Itupun hak dan kebebasan dalam demokrasi.

Persoalan pokoknya ialah apa matlamat akhir yang ingin dicapai BERSIH? Sangat sukat untuk dijawab secara objektif, namun secara mudahnya ialah untuk memastikan pilihanraya dalam Negara ini berjalan dengan penuh integriti dan diwarnai dengan suasana penuh demokrasi.

BERSIH 2.0 ini juga menjadi penanda aras kepada kesedaran rakyat kepada keseriusan rakyat dalam menentukan masa depan Negara. Jika ada yang meminta BERSIH mengadakan rundingan dan perbincangan sahaja untuk menyampaikan 8 tuntutannya, maka awal-awal lagi sikap angkuh Pengerusi SPR yang menolak mentah-mentah agenda yang dibawa menjelaskan lagi kenapa rakyat perlu turun bersama dengan BERSIH.

Pilihanraya bersih menjadi objektif kita bersama kerana tidak ada guna kempen, ceramah dan kesedaran rakyat sekiranya proses pilihanraya dijalankan secara tidak adil. Pihak kerajaan sepatutnya menghormati hasrat dan kemahuan rakyat untuk berhimpun yang dijamin oleh perlembagaan Negara.

Signifikan daripada itu juga menunjukkan rakyat masih percaya dengan sistem pilihanraya tanpa perlu dianjurkan himpunan ‘tahrir square’ di Malaysia untuk menukar kepimpinan negara, cumanya perlu diperbaiki sistem yang jelas nampak kelompangannya.

 Rakyat pada hari ini sudah tidak takut dengan ancaman yang diberikan. Harga keadilan dan demokrasi cukup mahal untuk dibayar dengan beberapa ribu kerugian ekonomi yang dimomokkan. Sekiranya himpunan BERSIH boleh berjalan dengan aman tanpa ada provokasi dan halangan yang dilakukan, maka dunia akan melihat bahawa Malaysia merupakan Negara yang menghormati pandangan dan kehendak rakyat dan akhirnya boleh menarik pelancong untuk datang melawat ke dalam Negara. Bukankah ini boleh menjadi keuntungan ekonomi kepada kita? Pelancong hadir untuk menyertai kebebasan demokrasi yang ada.

Kehadiran ratusan ribu rakyat nanti juga bakal menggambarkan bahawa keharmonian dan perpaduan kaum dalam Negara yang turun berjalan bersama tanpa mengira warna kulit dan agama, tetapi mereka berjalan dalam satu semangat rumpun bersama menuntut keadilan. Penyerahan memorandum kepada YDP Agong juga nanti menunjukkan bahawa seluruh rakyat mendokong YDP Agong sebagai Ketua Negara yang menjadi ‘ayah’ kepada rakyat. Apa salahnya untuk ‘anak’ berjumpa dengan ‘ayah’ secara beramai-ramai?

PERKASA cukup lantang menyatakan bantahan kepada himpunan ini. Sekiranya PERKASA boleh membuat himpunan dan laporan kepada polis tanpa ada gangguan orang lain, kenapa mereka mahu menghalang untuk rakyat berhimpun dan berjumpa denga YDP Agong? Adakah kebebasan berhimpun dan membuat laporan hanya untuk PERKASA?

Pihak Polis perlu menjadi perunding yang baik. Mereka seharusnya bersikap lunak dengan orang awam kerana rakyat merupakan pelanggang mereka. Sejarah BERSIH tahun 2007 banyak menunjukkan bahawa ramai juga anggota yang bersikap terbuka hingga memberikan kerjasama yang baik sepanjang himpunan.

Tak kurang juga ada yang berdoa bersama peserta himpunan dan menunjukkan laluan keluar untuk peserta himpunan! Sebenarnya rakyat sudah lali dengan semburan air ‘water canon’ mahupun bedilan gas pemedih mata.

Tindakan sebegini tidak pernah memadamkan semangat rakyat, bahkan meninggikan lagi amarah kepada pihak berkuasa. Polis hanya perlu mengawal peserta himpunan yang ingin timbulkan provokasi, bukannya semua orang awam.

Semoga himpunan BERSIH ini dapat membersihkan sistem pilihanraya, sistem sosial dan juga ekonomi yang ada pada hari ini. Apabila semuanya bersih, maka tidak akan puak yang ekstrim membela kumpulan dan bangsa tertentu hingga menzalimi bangsa yang lain, sebaliknya BERSIH juga akhirnya dapat menjadikan kita sebagai warga Malaysia yang harmoni dan menghormati prinsip antara satu sama lain.

Riduan Mohd Nor,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat

No comments: