Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Datuk T didakwa dan mengaku salah atas tuduhan menayangkan video didakwa mirip ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu perkembangan "baik."
Katanya, ketiga-tiga tertuduh itu – bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – tahu bahawa mereka telah melakukan jenayah.
Tindakan mendakwa individu berkenaan merupakan langkah penting kerana terdapat pihak tertentu khususnya pembangkang yang mendakwa tiga individu berkenaan, kata Khairy lagi yang kelihatan lega dengan perkembangan berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendakwaan yang dijalankan ke atas ketiga-tiga individu berkenaan hari ini atas kesalahan berhubung penayangan video lucah berkenaan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.
Anwar telah membuat laporan polis ke atas penayangan video berkenaan dan menafikan bahawa beliau merupakan pelaku dalam rakaman tersebut. Mengulas lanjut, Khairy berkata ketiga-tiga individu berkenaan tetap didakwa walau memakan tempoh masa yang sangat lama.
Jelasnya, langkah itu menunjukkan tidak ada layanan khas diberikan kepada Rahim, Eskay mahupun Shuib.
"Mereka tidak ada kena mengena dengan Umno; dari awal lagi kita kata begitu. Sama ada Eskay berkawan baik dengan Anwar atau bagaimana dia dapat video itu, saya tidak peduli. Itu tidak ada kena mengena dengan Umno," katanya lagi.
~MK~
No comments:
Post a Comment