REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, June 24, 2011

Sekejap Kata Seks Di Hotel Kemudian Di Apartmen Pula

Pakar yang menganalisis rakaman video lucah didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapati, pelaku dalam video berkenaan menyerupai ketua pembangkang berkenaan. Rakaman video lucah itu, memaparkaan aksi seks oral dan juga persetubuhan lelaki dan wanita, dianalisis oleh pakar dari Dartmouth College di New Hampshire, Amerika Syarikat.

Perkara itu dinyatakan dalam fakta kes pendakwaan yang dikemukakan dalam perbicaraan melibatkan trio 'Datuk T' hari ini. Pakar berkenaan mendapati, rakaman berkenaan berasal daripada satu alat perakam video yang dirampas daripada Shazryl Eskay.

Pakar berkenaan seterusnya menjalankan Facial Recognition Analysis terhadap pelaku seks lelaki berkenaan dan hasilnya didapati menyerupai Anwar. Ketua Anwar juga didapati hadir di sebuah PANGSAPURI di Ampang, Kuala Lumpur yang menjadi LOKASI RAKAMAN video seks.

Polis telah mendapati kehadiran Anwar bersama salah seorang tertuduh Datuk Shazryl Eskay Abdullah di APARTMEN berkenaan pada 21 Februari lalu. Perkara itu adalah berdasarkan rakaman litar tertutup yang diperolehi polis di APARTMEN berkenaan yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur.

~MK~

No comments: