REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, June 24, 2011

Penyokong Video Lucah Demo Di Luar Mahkamah

Kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini. Kehadiran mereka adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.

Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.

Mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan mengedar bahan lucah itu.

Ketiga-tiga mereka itu adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim .

Sambil memegang kain rentang dan sepanduk 'Hidup Datuk T' dan 'Kami Sokong PERKASA', mereka juga melaung-laungkan sokongan kepada Datuk T. Bercakap kepada wartawan kemudian, seorang lelaki berkata mereka adalah penyokong 'Datuk T' yang terdiri daripada “pelbagai NGO dari seluruh negara”.

"Kami beri sokongan tidak belah bahagi kepada sistem perundangan negara ini. Kami yakin dengan sistem mahkamah di negara ini.

"Kami 100 peratus pasti siapa lelaki dalam video itu dan beliau adalah siapa yang dikatakan oleh Datuk T. Jadi kami datang secara sukarela menyokong Datuk T,” kata lelaki yang tidak mahumendedahkan identinya.

Namun, beliau kemudian dikenalpasti sebagai Mohd Suhaimin seorang pembantu kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik. Ketua PERKASA Perak Ahmad Zaini Ismailberkata mereka datang kerana menuntut kebenaran dan mahu keadilan ditegakkan.

"Tak ada orang yang bayar kami untuk datang,” katanay.

Meskipun suasana persekitaran agak bising dengan jeritan kumpulan itu, namun pihak polis hanya memerhatikan dan memantau dari jauh.
~MK~

No comments: