REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, June 27, 2011

BERSIH untuk sekat momentum sokong BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan kumpulan BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini untuk mendapatkan kembali sokongan yang diperolehi semasa pilihan raya umum 2008 ekoran momentum sokongan rakyat kini kembali berpihak kepada BN.

"Momentum politik berada di pihak BN dengan kemenangan dalam pilihan raya demi pilihan raya kecil yang mana kita sudah ubah rekod itu berbanding selepas pilihan raya (umum) 2008. Kita juga menang (dalam pilihan raya negeri) di Sarawak.

"Mereka sudah kaji dan buat kesimpulan macam mana mereka hendak mengambil balik momentum politik di tanah air. Jadi timbullah cadangan untuk membuat perhimpunan ini," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-58 di ibunegara hari ini.

Najib berkata keadaan tersebut tidak boleh selesai di jalanan kerana kuasa politik ditentukan rakyat dan jika mereka benar-benar mempunyai keberanian ingin berjuang untuk rakyat, mereka perlu bertanding dalam pilihan raya.

"Jika kamu ada keberanian, lawanlah (dalam) pilihan raya. Jika tidak berani, apa saya boleh buat, buatlah di jalanan, (dan) anda perlu hadapi akibatnya," katanya.

Najib berkata, perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih. Beliau berkata jika pilihan raya di negara ini tidak bersih, tentunya pembangkang tidak akan dapat berkuasa di lima negeri pada pilihan raya umum yang lepas.

"Kalau kita boleh manipulasi semua pilihan raya ini, baik semua negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Kita bukan orang yang manipulasi pilihan raya. Kita tidak rela berkuasa melainkan kita didokong oleh rakyat. Itu Barisan Nasional," katanya pada perasmian Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-58 di sini, hari ini.

"Kita hanya rela berkuasa kalau rakyat bersama kita, tetapi janganlah buat sesuatu yang menimbulkan huru-hara dalam negara semata-mata mereka hendakkan kuasa politik," katanya.

Beliau berkata jika mereka mempunyai keberanian, mereka patut bertanding dalam pilihan raya daripada menganjurkan perhimpunan haram yang akan mewujudkan huru hara di dalam negara.

"Kalau negara kita huru-hara, mereka akan dipertanggungjawabkan. (Negara) ada undang-undang. Kita hendak jaga kepentingan rakyat negara kita, bukanlah kepentingan orang yang "sesangat-sangat' hendak kuasa politik, tidak sabar-sabar lagi," katanya.

Bernama melaporkan bahawa orang seperti ini akan hanya menyalahkan semua pihak termasuk para ilmuan dengan mendakwa dirinya sahaja yang betul sedangkan pada hakikatnya beliau tidak mampu, sekalipun hanya untuk memimpin parti yang diketuainya.

~MK~

No comments: