REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, June 27, 2011

Polis Perlu diBERSIHkan Dari Jadi Barua UMporNO

Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH 2.0 berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai, polis melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.

Bagaimanapun, tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan gabungan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut pilihan raya bebas dan adil itu, akan membatalkan perhimpunan tersebut. Sebaliknya, tindakan keras terhadapnya itu telah memberi publisiti kepada BERSIH dan sekaligus membantu membina momentum menjelang perhimpunannya.
Polis mula melancarkan operasinya Rabu lalu dengan menangkap ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Razali Abd Ghafar, yang menjual baju-T BERSIH semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sepang.
Penjualan baju-T kuning - warna tema BERSIH - kini mendapat sambutan hebat di Lembah Klang. Ia diikuti dengan lebih banyak tangkapan apabila siri jelajah pra-perhimpunan BERSIH ke seluruh negara dilancarkan pada hari Jumaat di Shah Alam.

Polis mengerahkan lebih 50 anggotanya ke tempat berkenaan dan menangkap timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, yang berpakaian baju-T BERSIH. Polis terus mengawal tempat berkenaan sehingga jam 3 pagi.

Pada hari yang sama, tujuh ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Kluang, Johor, semasa mereka mengedarkan risalah mengenai perhimpunan tersebut.

~MK~

No comments: