Seperti dijanjikan kerajaan Umno- Barisan Nasional menaikkan tarif elektrik dengan purata kenaikan 7.12 peratus bermula 1 Jun, sebagai usaha menarik bantuan subsidi daripada rakyat. BN dilapor menaikkan tarif elektrik kepada 2.23 sen kilowatt/jam kepada 33.54 sen daripada 31.31 sen berkuat kuasa 1 Jun.
Gas asli juga dilapor meningkat pada RM3 mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga mencecah paras pasaran pada 2016, apabila harganya akan diapung sepenuhnya. Kenaikan itu susulan keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya ketika mesyuarat Majlis Ekonomi minggu lalu.
Kerajaan, secara mudah memberi alasan bahawa pengguna domestik yang menggunakan kurang 300 kw unit elektrik setiap bulan tidak tertakluk kepada kenaikan baru itu. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin berkata, 4.4 juta atau 75 peratus isi rumah tidak menerima kesan tarif baru tersebut.
Namun beliau tidak menyatakan kesan tarif itu kepada sektor lain seperti pembuatan yang akan menyebabkan berlaku peningkatan kos dan kenaikan mendadak harga barang.
Pakatan Rakyat sebelum ini beberapa kali mengulangi bahawa perjanjian berat sebelah antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), menyebabkan syarikat IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun.
Syarikat-syarikat IPP yang terdiri daripada kroni antaranya Genting Sanyen, Malakoff dan YTL menerima kira-kira RM19 bilion sehingga RM22 bilion subsidi tahunan. Malah Petronas juga kerugian hampir RM21 bilion setahun kerana terpaksa menjual tenaga yang lebih murah kepada IPP.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang juga bekas Pengurus kanan di Petronas mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual semula kepada IPP dengan harga serendah RM10.
~keadilandaily~



REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI


Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment