Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah melancarkan Kempen Aduan Keganasan Polis 9/7.
Pengarah Juham DPPP, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, kempen itu bertujuan untuk mengumpul segala maklumat dari orang awam berkaitan salah-laku dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dalam himpunan aman Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
“Kempen secara besar-besaran ini adalah susulan daripada aduan rasmi yang telah pihak Juham serahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 12 Julai lalu, di mana Juham telah menyenaraikan tindakan-tindakan ganas pihak polis yang menumbuk, menendang, memijak, menembak gas pemedih mata secara dekat dan membuta-tuli serta segala bentuk kekerasan yang sangat tidak munasabah serta tidak berperikemanusiaan kepada peserta himpunan yang hadir secara aman dan tidak bersenjata,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Malah, katanya peserta himpunan Bersih 2.0 tidak langsung melakukan sebarang provokasi terhadap pihak polis yang menjustifikasikan sebarang tindakan kekerasan digunakan terhadap mereka.
Menurutnya, pihak Juham telah menerima banyak laporan daripada peserta-peserta himpunan yang telah dilayan dengan ganas termasuklah yang mendapat kecederaan yang serius dan dimasukkan ke hospital.
Justeru itu, ujarnya Juham mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen itu untuk mengumpul segala maklumat tersebut dan untuk diteliti bagi menjadikan asas tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap pihak terbabit.
Beliau berkata, segala aduan berupa maklumat, bukti-bukti bergambar, foto, rakaman video, laporan perubatan dan sebagainya boleh disalurkan melalui talian Hotline Juham iaitu 016-3126463, 016-3126473 dan 014-6451753 atau melalui email rasmi Juham iaitu juhampusat@gmail.com dan fanpage fb ‘Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia’.
Jelasnya, rakyat harus disedarkan akan hak-hak mereka di sisi undang-undang dan pihak berkuasa pula tidak boleh sewenang-wenangnya membelasah rakyat yang hanya melaksanakan hak-hak mereka yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Tambahnya lagi, tuntutan Bersih 2.0 adalah tuntutan yang suci murni untuk kepentingan rakyat terbanyak dan pihak kerajaan tidak patut melayan mereka sebegitu rupa.
“Peristiwa ini adalah satu tragedi hitam dalam sejarah hak asasi manusia di negara ini,” ujarnya.
~harakah~



REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI


Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment