REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 14, 2011

Suhakam Siasat Segera Keganasan Polis

PAS menyambut baik dan mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, beliau bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Suhakam itu dan bersedia memberikan segala kerjasama yang diperlukan. Dalam masa yang sama, beliau berharap agar Suhakam memainkan peranan lebih berkesan termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung perkara itu.

Katanya, setelah siasatan awam diadakan, Suhakam perlu memainkan peranan di PBB bagi membawa Malaysia keluar dari keadaan primitif terutama berhubung pengendalian perhimpunan aman.

"Sebelum ini, Suhakam telah pun mengadakan beberapa siasatan awam yang melibatkan beberapa perkara lain, tetapi tetap juga tidak diendahkan oleh kerajaan.
"Sekarang diharap Suhakam akan turut memainkan peranan berkesan di PBB untuk meminta Malaysia keluar dari keadaan primitif," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau turut hadir bersama Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi membuat pengaduan kepada pihak Suhakam berhubung keganasan polis dalam menyuraikan perhimpunan aman pada 9 Julai lalu. 
Dalam pengaduannya yang didengar oleh Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Pesuruhajaya Suhakam, Muhammad Sa'ani Abdullah itu, beliau antara lain meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis yang melanggar motosikal yang ditumpanginya pada hari perhimpunan itu, sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan lutut yang teruk.

Akibatnya, beliau terpaksa berkerusi roda dan akan menjalani pembedahan esok di sebuah hospital di Petaling Jaya bagi memulihkan kembali lututnya, tetapi terpaksa memakan masa agak lama dan mengganggu kehidupan hariannya.

Sebelum itu, Khaw Lake Tee dan Muhammad Sa'ani turut mendengar aduan dari pihak Bersih 2.0, Suaram dan beberapa orang saksi yang menjadi mangsa kekerasan pihak polis dalam menyuraikan perhimpunan itu.

Beberapa hari lalu, pihak Suhakam turut mendengar aduan dari beberapa pihak lain berhubung tindakan penggunaan kekerasan melampau pihak polis dalam menyuraikan perhimpunan itu termasuk dari Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sekitar jam 12.15 tengah hari tadi, Khaw Lake Tee dan Muhammad Sa'ani turut menerima memorandum dari peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang diketuai Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Selepas itu, Khaw Lake Tee mengumumkan akan mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis ketika menangani perhimpunan tersebut Sabtu lalu. Bagaimanapun, pihak Suhakam masih belum bersedia untuk memperincikannya pada hari ini, sebaliknya sedang mengkaji bidang rujukan siasatan tersebut yang akan diumumkan kemudian.

~harakah~

No comments: