REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, July 15, 2011

Bukan Polis Yang Belasah Rakyat Tapi Transformer

Kerajaan BN tidak mempunyai alasan untuk menolak dakwaan-dakwaan penggunaan kekerasan melampau pihak polis ketika menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu kerana kesemua dakwaan itu mempunyai bukti nyata.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu cedera di lutut dan kaki, Khalid Samad cedera di kepala, Datuk Seri Anwar Ibrahim luka di muka.

Manakala Peserta-peserta lain dalam jumlah yang cukup besar, ada yang mengalami kecedaraan lain, patah kaki, patah gigi, ada yang mengalami luka-luka, kesakitan badan, ditendang di badan, kaki, muka, ada yang sesak nafas dan pelbagai kejadian tidak diingini lain.

"Kesemua itu terjadi disebabkan penggunaan kekerasan melampau pihak polis ketika menangani perhimpunan aman itu dan kerajaan mesti bertanggungjawab dengan kesemua kejadian itu," katanya ketika ditemui di sini.

Kesemua kejadian itu, menurut beliau bukanlah dakwaan kosong, tetapi mempunyai bukti kukuh yang bukan sekadar boleh diketahui menerusi laporan media, tetapi turut dirakam dalam bentuk bergambar dan visual.

"Kerajaan tidak boleh menolak lagi bukti-bukti itu kerana ia boleh diperlihatkan oleh pihak Bersih 2.0, PAS dan Pakatan Rakyat pada bila-bila masa yang diperlukan," ujarnya.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), tegasnya, hasil gabungan tidak kurang 60 NGO dan ia sememangnya perhimpunan aman.

"Kesemua peserta tidak membawa sebarang senjata. Semuanya datang hanya untuk satu tujuan, iaitu berhimpun secara aman untuk bersama-sama mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil di negara kita," katanya.

Perhimpunan yang diadakan itu tidak bersalahan dari sisi undang-undang, malah selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan serta turut mendapat keizinan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang membenarkan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka.

Namun beliau hairan apabila Kerajaan BN menangani perhimpunan itu dengan tidak sepatutnya, sehingga pihak polis sanggup bertindak dengan penggunaan kekerasan melampau terhadap para pesertanya.

"Polis mengambil tindakan bertempur dengan rakyat. Rakyat terpaksa berhadapan dengan polis yang lengkap dengan senjata dengan pelbagai kepayahan. Cara kerajaan menangani perhimpunan itu seperti kami ini komunis.

"Patutkah kerajaan bertindak sedemikian terhadap rakyat yang berhimpun secara aman untuk menyampaikan mesej yang murni kepada kerajaan demi kepentingan negara?" katanya.

Akibat tindakan yang melampau itu, kerajaan BN kini ternyata menempah aibnya sendiri di mata dunia. Manakala segala kesulitan dan kecederaan dan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh rakyat.

"Pelbagai tindakan susulan pasti akan diambil. Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri melalui Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) pasti akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan kesemua agensi kerajaan yang terbabit.

"KDN dan PDRM perlu memohon maaf secara terbuka kepada para peserta perhimpunan itu terutama kepada mereka yang mengalami kecederaan.
"Tetapi walaupun tindakan permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan, kerajaan, KDN, PDRM tetap juga tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang daripada kami," tegas beliau.

~harakah~

No comments: