REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 14, 2011

Kempen BERSIH Sambil Sokong Pesakit Kanser

Kempen memakai baju BERSIH 2.0 setiap Sabtu menimbulkan masalah kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang menganjurkan larian berpakaian kuning bagi menyokong pesakit itu.

Dalam "Larian Untuk Kehidupan" di Bangi pada Sabtu dan Ahad ini, pesakit akan memakai baju ungu manakala bukan pesakit akan memakai baju bewarna kuning - warna popular bagi program kanser.

Tindakan itu menimbulkan tanggapan bahawa persatuan tersebut menyokong 'Sabtu kuning' yang akan dimulakan dua hari lagi. Penasihat Kehormat NCSM Datuk Zuraidah Atan bagaimanapun tampil menafikan bahawa acara tahunan itu mempunyai kaitan dengan BERSIH 2.0.

Sebaliknya, menurut beliau, kuning merupakan warna simbolik antarabangsa bagi kanser dan sudah masuk tahun ketujuh penganjurannya, lapor Utusan Malaysia.

"Saya berharap tidak ada pihak yang salah faham atau cuba mengambil kesempatan di atas kebetulan ini kerana kami hanya menjalankan tugas murni untuk membantu pesakit kanser dan berharap orang ramai turut memberi sokongan yang sepenuhnya," katanya.

Harian itu juga melaporkan, selain kuning, warna lain yang sering digunakan dalam kempen melawan kanser antaranya merah jambu, hijau dan biru. Dalam program itu, setiap peserta akan berjalan 16 jam tanpa henti di trek sebagai lambang usaha berterusan melawan kanser.

~MK~

No comments: