REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, August 4, 2011

Dr Rosti letak jawatan ekoran Siasatan Dalaman

Perletakan jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) adalah berpunca dari Siasatan Dalaman (Internal Inquery) yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor ekoran laporan ketidakcekapan dan tidak profesional sesetengah pegawainya.
Namun begitu, Naib Canselor Unisel itu 'tidak mampu bekerjasama' dengan semua timbalan Presiden Unisel bagi melaksanakan segala resolusi yang dicapai dari siasatan dalaman itu.
Ekoran itu, Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku pengerusi Unisel telah memberikan tempoh dua minggu untuk naib canselor untuk bekerjasama bagi kebaikan Unisel.

"Kesemua Timbalan Presiden bersetuju dengan cadangan MB. Akhirnya naib canselor tidak sanggup," kata Dr Halimah dalam smsnya kepada Harakahdaily.

Datuk Dr Rosti Saruwono mengumumkan perletakan jawatannya dari Unisel semalam. MB Selangor pula telah menerima perletakan jawatan itu dan telah melantik satu pasukan khas.
Ia ditubuhkan bagi meneliti permasalahan dalam pengurusan Unisel berhubung perletakan jawatan secara mengejut oleh Rosti. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan khas itu akan dikemudi oleh tiga individu yang berkelayakan bagi memastikan Unisel terus berkembang maju.

“Bagi memastikan peletakan jawatan ini tidak menggangu pembangunan Unisel dan usaha menjadikan universiti tersebut sebagai salah satu universiti terbaik Malaysia, Kerajaan Negeri telah memberi tugasan kepada sebuah jawatankuasa.
“Jawatankuasa ini terdiri daripada Datuk Muhamad Zohadie Bardaie, Datuk dnan Alias dan Datuk Mohamed Ariffin Aton.

“Semua mereka ini ahli lembaga pengarah Unisel,” katanya dalam satu kenyatan akhbar.

Sementara itu, media melaporkan, ada tiga individu yang dikatakan mempunyai masalah dengan Unisel. Mereka adalah Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah

Rokmaa Mat adalah ibu saudara kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Beliau dikira antara individu terpenting yang menjaga pentadbiran Unisel. Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor.

Dikatakan laporan dari jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes ketidahcekapan dan tidak profesional dalam tindakan.

~harakah~

No comments: