REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, August 4, 2011

Selangor Beri Geran Bersihkan Daftar Pemilih

Syabas kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Geran diadakan semata-mata untuk membersihkan daftar pemilih dari kekotoran tajaan UBN. Peringatan kepada jentera-jentera PAS, PKR dan DAP supaya menggunakan geran ini secara maksima untuk membantah KESEMUA NAMA-NAMA yang diragui.

Tiada lagi alasan untuk TIDAK MEMBANTAH NAMA-NAMA yang diragui. Wang sudah ada, apa lagi tunggu. Jangan sampai dah kalah baru nak menyesal macam Terengganu 2004. Sediakan Payung Sebelum Hujan. Yang penting adalah mesti dibantah dan jangan takut membantah. Wang sudah disediakan.

Kita semua sedar akan syarat ganjil yang diberikan SPR yakni untuk bantah 1 nama, kosnya RM1. Kalau ada 10 ribu nama dalam satu Parlimen, kosnya adalah RM10 ribu ringgit.
Tak kira kita ada hujjah kuat atau tidak. Kalau tak bayar, bantahan kita ditolak.Apa punya syarat macam ni? Nampak sangat syarat ini sebenarnya datang dari PWTC bukan dari Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.Tahniah Kerajaan Negeri Selangor.

~Tulang Besi~
Kerajaan Selangor Sediakan Geran Untuk Pilihanraya Bersih dan Adil

Kerajaan Negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu. Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf permaustatin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera.
Kerajaan Selangor berpandangan bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka jalan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil.
Sehubungan dengan ini, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju menubuhkan satu geran untuk membiayai usaha-usaha memfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baharu yang meragukan.

Geran ini terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik. Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, bantahan ini hanya melibatkan kawasan di Selangor sahaja.

Pilihan raya bersih dan adil adalah tiang utama kepada demokrasi tulen. Pilihan raya bukan sahaja perlu bersih dan adil tetapi juga perlu kelihatan bersih dan adil di mata semua. Setiap usaha mesti diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya dijaga dan pilihan sebenar rakyat dihormati.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

No comments: