REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, August 16, 2011

Murujib Nampak SPR Dah Nak Kantoi

Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang.

"Ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Kita akan bincang segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut butiran terperinci berhubung cadangan awal itu. Tindakan Najib itu sebahagiannya dilihat ekoran desakan berterusan reformasi pilihan raya yang mencapai kemuncaknnya melalui perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diasak teruk oleh pembangkang, terutamanya PAS yang hampir setiap hari mendedahkan apa yang didakwanya sebagai kepincangan dalam daftar pemilih.
Berucap dalam majlis berbuka puasa dengan media di Wisma Bernama di ibu negara hari ini, Najib menegaskan sekali lagi bahawa beliau berharap berjaya dalam pilihan raya melalui sistem yang bersih.

"Seperti yang sering saya sebut, hari ini saya ulang sekali lagi, saya dan jemaah menteri tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan rakyat.
"Jadi, jangan ada yang salah anggap kita tak ingin proses pilihan raya yang bersih," katanya di hadapan kira-kira beberapa ratus petugas media.

Sehubungan itu, katanya, beliau mahu memberikan rakyat peluang memilih pihak yang mereka suka tidak kira daripada parti mana.

"Saya serahkan nasib kepada rakyat. Kalau untung sabut timbul, kalau untuk batu tenggelam," katanya.

~MK~

No comments: