REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, August 9, 2011

Hilangnya Syarikat Penerbanga​n Melayu di Bawah Pentadbira​n UMNO

Pemegang saham utama Penerbangan Malaysia (MAS) dan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.

Di bawah perjanjian ini, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS, manakala Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia.

Semua syarikat terbabit juga akan melengkapi bidang perniagaan satu sama lain serta memanfaatkan daya saing teras masing-masing dan mengoptimumkan kecekapan untuk manfaat pengguna.

Khazanah juga dijangka akan mendapatkan pegangan 10 peratus dalam AirAsia X, bergantung kepada terma dan harga yang ditawarkan.

MAS telah bangkrap. Mengikut maklumat yang Tulang Besi dapat, untuk menyelamatkan MAS dari bangkrap bagi kali yang ketiga, dana sejumlah RM2 billion di perlukan. Sejarah MAS menunjukkan terdapat 3 kali di mana MAS terpaksa di selamatkan:

1.0 Pada tahun 1994 di mana Tajudin Ramli terpaksa membeli 24% dari saham MAS dari Bank Negara kerana Bank Negara pada masa itu menghampiri bankrupsi. Kos bailout: RM1.8 billion

2.0 Pada tahun 2000 dimana kerajaan Malaysia menanggung semua hutang MAS serta membeli saham Tajuddin pada RM8. Kos Bailout : RM 4 billion.

3.0 Sekarang ini dimana MAS mungkin terpaksa dijual kepada AirAsia yang mana butirannya masih rahsia. Untuk menyelamatkan MAS kali ini memerlukan wang RM2 billion untuk dipam.

Jelasnya di bawah pentadbiran UMNO, MAS menuju bankrup. Nampaknya MAS akan dijual kepada AirAsia yang dipimpin oleh seorang yang bukan Melayu.

Tak sabar nak tunggu reaksi dari Ibrahim Ali atas isu MAS dijual pada "bukan melayu" ini.

Berita bangkrapnya MAS amat menyedihkan hati saya. Satu hari saya bersedih. Tidak faham saya bagaimana MAS yang pada satu masa mempunyai "cash money" lebih RM600 juta di dalam akaun.
Apabila Tajuddin Ramli meninggalkan MAS, MAS berhutang lebih RM8 billion. Sekarang ini, MAS memerlukan injection wang sebanyak RM2 billion semata-mata untuk hidup.

+600 juta ==> -8000 juta ==> -2000 juta.

Sepanjang masa MAS berada di bawah kawalan UMNO yang kononnya berjuang menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.

Namun, apa yang kita lihat, khazanah Melayu bernama MAS ini sudah hancur. Kehancuran khazanah Melayu ini berlaku sewaktu MAS berada di bawah penguasaan UMNO 100%.

Khazanah Melayu ini akhirnya terpaksa dijual kepada Tony Fernandez. Tak sabar rasanya nak tengok response Berahim Ali, PERKASA dan NGO2 sewaktu dengannya.

Bankrapnya MAS kali ketiga membuktikan UMNO tidak mampu menjaga khazanah ataupun hak milik bangsa Melayu.

Selepas MAS ini, kita tunggu apa lagi khazanah Melayu yang akan dihanguskan oleh UMNO.

~Tulang Besi~

No comments: