REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, August 8, 2011

PAS mahu dengar sendiri dari JAIS dan DUMC

PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan kontroversi di majlis makan malam untuk mengutip dana, minggu ini.

Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menemui kedua-dua pihak yang terbabit dalam insiden tersebut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, sebelum sebarang kesimpulan dibuat, mereka mesti adil dan mendengar penjelasan semua pihak yang berkenaan.

PAS Jawatankuasa Kerja Pusat yang bermesyuarat hari ini mendengar versi penjelasan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mengenai apa yang berlaku.

Presiden PAS itu menegaskan bahawa Dr Hasan hadir kerana beliau merupakan ahli jawatankuasa kerja pusat dan bukan dipanggil khusus berhubung perkara itu. Katanya, mereka telah mendengar penjelasan Dr Hasan dan demi keadilan, pihaknya perlu juga mendengar penjelasan dari pihak lain yang terlibat.

Walaupun dihujani pertanyaan pemberita, Abdul Hadi bagaimanapun enggan memberitahu sama ada laporan dari Dr Hasan (kiri) tidak mencukupi atau sebaliknya. Setiausaha Agung Mustafa Ali, berkata beliau akan menghubungi JAIS dan pihak gereja berkenaan untuk menetapkan tarikh pertemuan itu dalam masa terdekat ini.

Malam Rabu lalu, pegawai penguatkuasa JAIS menyerbu dewan yang terletak dalam kawasan DUMC - tempat majlis makan malam itu diadakan - serta mengambil kenyataan dari orang Islam yang hadir serta mengeledah premis tersebut.

Bercakap dalam kapasitinya sebagai exco hal ehwal agama Islam Selangor, Dr Hasan menjelaskan JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Bagaimanapun, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin gereja. Presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philip juga menyangkal dakwaan bahawa kumpulan Kristian menggunakan kerja kebajikan untuk mendorong orang ramai menganut agamanya.

Beberapa akhbar Melayu telah melaporkan bahawa JAIS bertindak atas maklumat bahawa kitab Injil dalam bahasa Melayu diagihkan kepada orang Melayu di majlis seumpama itu. Bagaimanapun, Majlis Aids Malaysia (MAC) menjelaskan bahawa majlis makan malam tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membantu pengidap Aids.
Dr Hasan juga dilaporkan oleh sebuah akhbar Melayu sebagai berkata beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai exco demi mempertahankan akidah Islam.

~MK~

No comments: