REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, August 15, 2011

JAKIM vs Majlis Fatwa Pulau Pinang

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia berbincang dengan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang berhubung fatwa yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan meminta Jakim membincangkan permasalahan itu kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan pada peringkat pentadbiran terlebih dahulu.
"Kita minta Jakim memanjangkan perkara ini untuk diperbincangkan bersama sebab ada perkara-perkara yang perlu kita selesaikan pada pentadbiran yang bukan memerlukan kepada muzakarah ataupun fatwa," katanya kepada pemberita di Majlis Iftar Perdana bersama Menteri di Surau Kampung Kilang Ketapan, di sini, semalam.

Beliau berkata isu azan itu juga wajar dibahaskan dalam perbincangan Muzakarah Fatwa agar dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Saya ada berbincang dengan Pengerusi Majlis Fatwa, hal-hal yang seperti ini elok juga dibahaskan supaya bukan hanya satu pandangan negeri, tetapi diangkat untuk pandangan semua pihak agar sebarang persoalan dapat kita putuskan dengan kebijaksanaan yang boleh berikan manfaat kepada semua umat Islam," katanya.

Jamil berkata masyarakat juga perlu memahami situasi yang berlaku di Pulau Pinang itu merupakan keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan ia berbeza dengan peringkat pusat. Beliau berkata pada peringkat pusat terdapat Muzakarah Fatwa dan Majlis Fatwa yang masing-masing mempunyai peranan berbeza.
"Majlis Fatwa kita hanya bersidang pada perkara yang berkaitan dengan keperluan terutamanya oleh pihak negeri, Raja-raja (yang) memohon untuk kita membuat satu pandangan dan keputusan pada suatu hukum.

"Muzakarah Fatwa pula membincangkan beberapa perkara yang menjadi persoalan ataupun mencari hal-hal yang berlaku di kalangan umat Islam yang memerlukan kepada pandangan daripada para ulama," katanya.

~Bernama~

No comments: