REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, August 3, 2011

Pakatan desak sidang Parlimen tergempar

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara. Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.

"Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita tunjuk ini membuktikan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu menunjukkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.
Menurutnya, di Selangor membabitkan 1,108 penduduk tetap yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi.

Beliau memberi contoh di Dun Paya Jaras, bantahan dibuat ke atas beberapa nama yang pada asalnya mempunyai kad pengenalan merah namun mendapat kad pengenalan biru dalam masa tidak sampai dua jam seperti yang dilaporkan media semalam.

"Kita peroleh bukti ini dari laman web JPN sendiri. Pakatan yakin penukaran status ini diterajui BN dengan bantuan agensi-agensi mereka," katanya.

Sehubungan itu beliau memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan itu. Beliau juga berkata, tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat.

"Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan," katanya.

Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mewakili DAP dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
~harakah~

No comments: