REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, February 22, 2011

Ahli kimia terus diasak

Kes perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan ahli kimia dan pakar DNA tempatan, Dr Seah Lay Hong terus disoal-balas oleh peguam pihak pembelaaan.

Jika semalam, saksi pendakwaan kelima dan juga ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia itu diasak oleh peguam Ram Karpal singh, hari ini giliran Sankara Nair. Pada keterangan hari ini, Dr Seah mendakwa beliau cekap dan tekun ketika menjalankan tugasnya kerana mempunyai kelayakan sewajarnya.

"Apa-apa yang ditemui akan mempunyai kesan kepada tertuduh kerana ini adalah sains forensik,” katanya.

Malah, beliau juga dengan bangganya menyatakan makmal yang diketuainya itu mempunyai sijil ISO 17025.

"Ini bagi menentukan piawaian ujian bagi memastikan ia dijalankan dengan betul, boleh dipercayai dan standard yang boleh diterima pada peringkat antarabangsa.”

Katanya lagi, Jabatan Kimia juga mempunyai garis panduan berhubung kualiti sampel mani yang diambil, namun beliau mengakui tidak pasti sama ada pihak polis ataupun hospital mempunyai jaminan kawalan kualiti ketika mengumpul sampel.

Sankara berhujah Seah sepatutnya mengetahui perkara berkenaan kerana ia sebahagian daripada kawalan kualiti oleh jabatan yang diketuainya itu.

"Bagaimana awak boleh jamin kualiti penemuan jika proses pengumpulan (sampel) process dipersoalkan?” katanya.

Seah menjawab lazimnya jabatannya seringkali mengeluarkan garis panduan kepada polis bagaimana mengekal dan mendokumenkan sampel.

"Jika tidak, ini akan ditolak,” kata Seah.

Bagi kes ini, Seah berkata beliau sendiri memeriksa bungkusan tersebut bagi memastikan segala-galanya teratur. Tambahnya lagi, jabatan tersebut juga mempunyai borang pro-forma dalam menerima bahan bukti.

Borang tersebut katanya dalam bentuk elektronik dan tidak dapat dicetak.

Apabila diasak oleh Sankara mengapa borang seumpama itu tidak boleh dicetak , saksi tersebut berkata ia hanya boleh dilakukan oleh "pentadbir link" yang bertugas di Jabatan Kimia yang tidak beliau tidak mempunyai kuasa bagi mengarahkannya berbuat demikian.

Namun, Seah berkata beliau boleh mencuba mendapatkannya tetapi tidak boleh berjanji sama ada ia boleh dibekalkan hari ini. Sankara bertanya sama ada menjadi amalan baik bagi merakamkan bahan bukti atau sampel sebaik menerimanya daripada polis sebagai langkah mengelakkan kemungkinan ia diusik.

Dengan teragak-agak Seah berkata:"Tidak semestinya".

Apabila diajukan soalan yang sama, Seah enggan menjawapnya. Sankara kemudian mengulanginya bagi kali ketiga dan doktor itu terus membisu.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian bertanya kepada Seah sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan peguambela, saksi itu tidak menjawap secara lansung: “Ia mungkin amalan yang baik”.

Hakim menganggap jawapan berkenaan sebagai "ya".

Semalam, Seah enggan diheret dalam spekulasi mengenai mengapa air mani pada seluar dalam pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dijumpai pada bahagian depan dan bukannya di belakang jika benar dia diliewat.

Saksi itu juga ditanya mengapa dua 'alleles' yang dipercayai daripada dua orang berlainan berikutan penemuan semen di selura hitam Saiful dan sekitar calitan kapas di duburnya tidak direkodkan.

Dr Seah juga mengakui beliau gagal mencatatkan dua sampel DNA yang tidak dikenali itu tetapi apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Perkara ini ditimbulkan oleh pihak pembelaan selepas pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald memaklumkan kepada mereka. Dr Seah juga dijangka akan disoal balas oleh DPP Noorin Badaruddin bagi membantu kes pendakwaan.

~MK~

No comments: