REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, February 25, 2011

Pakatan Rakyat anjur bantahan anti-Gaddafi hari ini

Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat hari ini.

Sekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian.

Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.

"Kami berpendapat ada keperluan mendesak bagi menyokong rakyat Libya, sebab pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa tidak harus dibiarkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Perhimpunan itu dijadualkan pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat dan dijangka berlangsung selama sejam. Beberapa NGO juga dijadualkan akan mengambil bahagian.

Menurut Syed Azman, duta Libya ke Malaysia juga kemungkinan besar akan menyertai perhimpunan di luar kedutaannya itu.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu pula meminta semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan berkumpul di luar pejabat kedutaan Libya.

"Semua orang patut hadir esok bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan yang tidak berdosa,” kata Mohamad.

Selasa lalu, pegawai kedutaan Libya di Kuala Lumpur menyertai rakan-rakan mereka di seluruh dunia membidas Gaddafi kerana pembunuhan ramai rakyat yang mengambil bahagian dalam protes di negara itu.

Mereka membakar potrait diktator yang telah berkuasa lebih empat dekad lalu pada protes lebih dua jam itu sebelum diarahkan oleh polis supaya bersurai.

~MK~

No comments: