REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, February 24, 2011

DAP Bukan Parti Rasis Macam UMNgOk

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan setiausaha politik barunya Zairil Khir Johari berkuat kuasa semalam. Dalam pengumumannya, Lim berkata pemuda berusia 28 tahun itu akan ditugaskan membantu beliau dalam urusan politik dalam parti.

"Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti," katanya Lim lagi dalam satu pengumuman di ibu pejabat DAP Nasional di Kuala Lumpur semalam.

Zairil berkelulusan sarjana dalam pengajian antarabangsa dan diplomasi daripada University of London. Zairil juga berpengalaman sebagai seorang usahawan dalam industri coklat. Lim berkata Zairil turut dipilih berdasarkan sikap "idealis dan reformis" pemuda itu.

"Bila anda kata mahu reformasi, anda bercakap mengenai idealisme praktis. Anda perlu juga menjadi pragmatik dan praktis bagi memastikan usaha dan tindakan dijalankan.

"Di sini saya yakin dengan pengalaman beliau yang begitu luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan positif kepada parti dan lebih penting lagi kepada masyarakat.

"Dia sangat terpelajar dan mungkin boleh ajar saya perkara yang saya tidak tahu," kata Lim lagi.
Dalam sidang media itu, Lim turut ditanya sekiranya pelantikan Zairil itu dibuat bagi meningkatkan sokongan daripada kalangan masyarakat Melayu. Lim sekadar berkata, DAP mahu mendapatkan sokongan daripada semua golongan masyarakat dan bukannya dari kalangan Melayu sahaja.

Tambahnya, Zairil juga dilantik berdasarkan keupayaannya dan bukan semata-mata kerana pemuda itu seorang Melayu.

"Kita bukan lantik dia sebab dia Melayu tapi sebab dia layak.Saya tengok kepada kelayakan beliau dulu, dan secara kebetulan dia seorang Melayu.

"Bermakna, kelayakan ini tidak mengenal kaum," kata Lim.

Katanya lagi, Zairil juga telah lama memerhatikan DAP sebelum menyertai parti itu. Tambahnya, DAP juga akan terus meningkatkan tumpuan kepada masyarakat Melayu terutama dalam membasmi kemiskinan tegar.

"(Masyarakat) Melayu perlu menjadi penerima utama (tindakan basmi kemiskinan) bukan kerana bangsa tetapi kerana keperluan," katanya.

Zairil yang memulakan tugasnya di ibu pejabat nasional DAP hari ini berkata, tumpuannya kini adalah untuk membantu Lim "dalam apa-apa hal yang dia minta."

"Itulah rancangan saya sekarang. Hari ini pun dia dah bagi tugas yang banyak.

"Sememangnya apa-apa kerja untuk YB Lim ini memang tak ada yang senang. Beliau seorang bos yang rajin bekerja keras 24 jam sehari.

"Jadi sebagai orang bawahan dia kita kena kerja lebih keras -- 25 jam sehari," tambahnya.

~MK~

No comments: