REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 23, 2011

Mahkamah dengar permohonan Murujib batal saman

Mahkamah akan mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lima yang lain untuk membatalkan saman RM200 juta yang difailkan oleh dua bekas tahanan akta ISA, M Manoharan dan P Uthayakumar, pada 23 Mac ini.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Harmindar Singh Dhaliwal.

Harmindar menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan Manoharan yang mewakili dirinya sendiri dan Uthayakumar, dan Peguam Kanan Persekutuan Diar Isda Yazmin Ismail yang mewakili semua defendan.

Bercakap kepada pemberita, Manoharan berkata Harmindar akan mendengar kes itu kerana Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham, yang pada awalnya dijadualkan mendengar kes itu, telah menarik diri daripada mendengar kes itu atas alasan beliau pernah menjadi rakan sekelas Najib.

Manoharan juga berkata mahkamah telah memerintahkan kedua-dua belah pihak untuk mengemukakan hujahan bertulis sebelum pendengaran itu.

Dalam permohonan untuk membatalkan saman itu, Najib dan lima lagi defendan berkata saman yang yang difailkan oleh Manoharan dan Uthayakumar pada 9 Disember tahun lepas adalah remeh dan menyusahkan dan melanggar proses mahkamah.

Dalam saman itu, Manoharan dan Uthayakumar menamakan Najib, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, superintendan Pusat Tahanan Taiping dan kerajaan sebagai defendan.

Kedua-dua mereka, masing-masing memohon ganti rugi RM100 juta dan faedah tahunan 8 peratus atas alasan mereka ditahan secara salah selama 514 hari dari 13 Disember, 2007 hingga 9 Mei, 2009.

~bernama~

No comments: