REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 23, 2011

Gaddafi Gila Dan Menggila BABI

Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Libya bagi membantah kekejaman pemerintah negara itu membunuh rakyat sendiri berdemonstrasi anti kerajaan.

Penyerahan diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abd Rani diiringi Setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Bendahari, Mohd Adram Musa, Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah, Suhaimi Abd Aziz dan yang lain.

Memorandum diserahkan kepada wakil kedutaan itu kira-kira jam 11.05 pagi di hadapan pintu masuk ke bangunan itu dengan dikawal anggota FRU. Azman pada sidang media selepas itu berkata, pemuda PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam kerajaan pimpinan Muammar Gaddafi.

"Kita yakin banyak lagi cara lain untuk menyelesaikan kemelut politik Libya selain menggunakan peluru dan bom yang membunuh rakyat negara itu.

"Kita pemuda PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan itu," katanya.

Pada masa sama, satu kumpulan rakyat Libya turut mengadakan bantahan di luar bangunan kedutaan.

Kumpulan terdiri dari 100 orang itu melaungkan selogan 'Free Libya', 'Down Gaddafi', 'Gaddafi Go To Hell' sambil membawa gambar rakyat mereka yang terkorban dan pelbagai sepanduk menghentam kekejaman kerajaan negara mereka itu.

Sehingga hari ini dilaporkan lebih 500 orang telah terbunuh dalam bantahan anti kerajaan di negara itu. Keadaan bertambah buruk selepas kumpulan anti kerajaan bertembung dengan kumpulan pro kerajaan.

Turut difahamkan, angka kematian akan terus meningkat ekoran tindakan kerajaan itu yang menggunakan bom dan peluru yang dilepaskan dari helikopter ke atas himpunan.

Gaddafi ketika bercakap di televisyen semalam menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun berhadapan dengan kebangkitan rakyat, secara besar-besaran yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Beliau dengan angkuh mendakwa pemuda yang menyertai demonstrasi itu sebagai sebagai “tikus dan askar upahan”, yang mahu menjadikan Libya sebagai negara Islam.

Sementara itu, PAS akan mengadakan himpunan aman di kedutaan sama selepas solat Jumaat, 25 Februari ini. Himpunan anjuran Lajnah Antarabangsa PAS dengan kerjasama beberapa NGO itu akan diketuai Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu dan beberapa kepimpinan lain.

~harakah~

No comments: