REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, February 25, 2011

Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkang, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysiayang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.

Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang.

~MK~

No comments: