REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, February 21, 2011

Calon pro-M ditemui dalam keadaan lemah

Calon Umum Pro-Mahasiswa (pro-M), Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang petang kelmarin, telah ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira jam 12.30 malam tadi - beberapa jam selepas kumpulan itu mengadakan sidang media.

Menurut seorang calon umum, Mohd Syahid Mohd Zaini, ketika Masturah ditemui, dia dalam "keadaan lemah dan tidak mampu untuk berbicara panjang".

Mohd Syahid berkata Masturah (kanan) sendiri yang menghubungi ibunya dengan meminjam telefon bimbit orang yang berada berdekatan masjid berkenaan. Menurut Mohd Syahid panggilan itu dibuat kira-kira jam 11.19 malam tadi.

Susulan itu, ibu-bapa Masturah dan wakil calon Rohayu Rosli - yang bersama-sama dengan pelajaryang mengadakan solat hajat - bergegas ke masjid berkenaan untuk mengambil dan membawanya pulang.

"Dia kini berada bersama ibubapanya di Sungai Buloh... Dia sekarang (masih) trauma, tidak mampu untuk bercerita panjang mengenai insiden itu," katanya dalam satu sidang media.

Sementera itu, 18 pusat pengundian termasuk enam fakulti di Universiti Malaya (UM) dijadikan tempat mengundi dalam pilihan raya kampus hari ini. Bagi pelajar yang tinggal di kolej kediaman, jawatankuasa pemilihan menetapkan pengundian dijalankan di kolej kediaman masing-masing.

P'raya muram dan perlahan

Terdapat 12 kolej kediaman di kampus ini. Manakala pelajar yang tinggal di luar kampus, diarahkan mengundi di enam pusat pengundian yang tetapkan. Enam fakulti tersebut adalah fakulti sains, fakulti ekonomi dan pentadbiran, fakulti alam bina, akademi pengajian Melayu, fakulti bahasa dan linguistik dan fakulti perubatan.

Sebelum ini, Malaysiakini difahamkan pelajar yang tinggal di luar kampus mengundi di Dewan Tunku Canselor (DTC). Ekoran itu, Tinjauan Malaysiakini ketika ini mendapati suasana pengundian kelihatan "muram dan perlahan".

Tinjauan Malaysiakini di fakulti sains, perjalanan pengundian masih lagi lembab pada jam 9.30 pagi ini. Kelihatan seorang atau dua baru sahaja keluar daripada pusat pengundian tersebut. Pusat pengundian dibuka jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang.

~MK~

No comments: