REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 23, 2011

Libya bunuh rakyat sendiri

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam tidak boleh berdiam diri berpeluk tubuh membiarkan rakyat Libya terus dibunuh oleh pemerintahnya sendiri.

Sehubungan itu, PKR juga mendesak Kerajaan Malaysia yang menganggotai PBB, NAM dan OIC supaya berperanan tegas dalam menangani isu-isu seperti itu. Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, pihaknya menuntut pemerintah Libya segera menghentikan tindakan zalim membunuh rakyat secara beramai-ramai.

Katanya, PKR yakin bahawa rakyat Libya berupaya menentukan nasib mereka sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak yang berkepentingan. PKR juga, ujarnya menyeru seluruh lapisan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera bagi menghentikan pelbagai tindakan tidak berperikemanusiaan.

“Parti Keadilan Rakyat berasa amat sedih dan memandang serius perkembangan politik yang sedang berlaku di Libya sekarang ini,” ujarnya dalam kenyataan ang dikeluarkan di sini.

Tambahnya, rakyat yang bangkit menentang pemerintah kuku besi berhadapan dengan tindak balas pihak berkuasa yang tidak berperikemanusiaan. Jelas sekali, tegasnya pemerintah Libya secara terbuka telah mengisytiharkan perang terhadap rakyatnya sendiri.

Justeru, PKR ingin menzahirkan sokongan terhadap rakyat mana-mana negara sekalipun yang bangkit menyatakan bantahan mereka terhadap pemerintah yang zalim.

“Kebebasan bersuara merupakan hak asasi rakyat.

“Pemerintah bertanggungjawab memastikan bahawa hak yang dijamin masyarakat antarabangsa ini dihormati dan dilaksanakan,” katanya lagi.

~harakah~

No comments: