REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, February 25, 2011

Mahkamah pertonton rakaman CCTV

Seorang pengurus perkhidmatan dan projek dan servis ATP Science Technology memberitahu mahkamah bahawa mesin-mesin yang diselengaranya di Jabatan Kimia Malaysia berfungsi dengan baik pada tahun 2008.

Alan Tiang, saksi pendakwa keenam dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga berkata, dia tidak menerima sebarang aduan berkaitan mesin-mesin berkenaan pada masa tersebut.

Semalam, ketua unit paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Nor Aidora Saedon dalam keterangannya berkata DNA yang ditemuinya pada satu tuala kecil, berus gigi dan botol air mineral adalah sepadan dengan dua profil DNA 'lelaki Y' yang ditemui dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Walaupun Nor Aidora tidak mendedahkan identi 'lelaki Y' ataupun dari mana sampel itu diperolehi, dalam keterangannya, beliau berkata menerimanya daripada pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Pereira pada petang 17 Julai 2008.

Nor Aidora akan disoal-balas esok oleh peguam bela. Ini bagi memberikan mereka lebih masa untuk mengkaji geraf elektropherogram dan penemuan DNA.

Dalam sesi hari ini, ketika disoal-balas timbalan pendakwaraya Noorin Baharuddin, Allan berkata mesin berkenaan berada dalam keadaan baik ketika ahli kimia melakukan ujian DNA terhadap bahan bukti kes berkenaan pada Julai 2008.

Namun, apabila diasak oleh peguam bela Sankara Nair, Alan berkata dia tidak pasti jumlah penyelenggaraan yang dilakukan ke atas mesin tersebut sepanjang tahun berkenaan. Hakim Zabidin Mohd Diah kemudiannya mengarahkan Allan untuk beredar dari kandang saksi.

Selepas berehat sebentar mahkamah, giliran juruanalisis audio, video dan foto makmal forensik, PDRM, ASP Fauziah Che Mat mengambil tempat di kandang saksi.

Menurut Fauziah beliau menyertai pasukan polis sejak Disember 2005 dan telah menghadiri kursus-kursus berkaitan imej dan video digital selain pernah terbabit dengan siasatan 900 kes jenayah.

Katanya, pada 3 Julai 2008 ketika bertugas di tempat sama, beliau didatangi DSP Jude Blacious Periere menyerahkan dua sampul surat berisi cakera keras bertanda HD1 dan HD2. Fuziah kemudiannya meminta kebenaran mahkamah untuk merujuk foto yang diambil beliau sewaktu bahan tersebut dianalisis.

Namun Sankara menuntut mahkamah membekalkan salinan foto kepada peguambela untuk rujukan.

Fauziah berkata beliau telah menggunakan perisian pengklonan makmal forensik PDRM bagi membuat salinan video pada 4 Julai 2008 dan menyimpan semula cakera keras asal sebelum diserahkan semula kepada DSP Jude pada 29 September tahun yang sama.

Mahkamah turut diberitahu bahawa DSP Jude membantu beliau mengenalpasti sebuah kenderaan MG Rover berwarna hitam, sebuah kenderaan berjenama Fiat dan beberapa individu yang memasuki kondominium Desa Sri Damansara pada 26 Jun 2008 jam 12 tengahari hingga 4 petang.

~MK~

No comments: